Hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru dan tahap penguasaan Matematik murid Tahun Lima

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran

STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang

digunakan melibatkan kajian kuantitati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Radzi Hamdan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10297
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran

STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang

digunakan melibatkan kajian kuantitatif yang disokong dengan kajian kualitatif. Satu set soal

selidik Ciri Pengajaran dan pembelajaran STEM (CPSTEM) yang mengandungi 7 konstruk

yang terdiri daripada 7 ciri pengajaran dan pembelajaran STEM digunakan untuk mengenal

pasti tahap pengamalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru matematik.

Seramai 73 orang guru matematik sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih

sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah di mana 73 guru

matematik dipilih daripada 90 orang guru matematik di Kuala Selangor. Kaedah temu bual

digunakan untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan pengamalan ciri pengajaran dan

pembelajaran STEM dalam kalangan murid Tahun 5. Analisis statistik melibatkan skor min,

peratusan, ujian ANOVA satu-hala dan analisis korelasi Pearson digunakan untuk menjawab

empat persoalan kajian. Manakala persoalan yang kelima dijawab dengan menggunakan

analisis deskriptif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan

positif (r = 0.536) yang signifikan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM guru

terhadap tahap penguasaan matematik murid. Hasil kajian juga mendapati tahap pengamalan

ciri pengajaran dan pembelajaran STEM guru matematik berada pada tahap yang sederhana.

Keputusan ujian ANOVA dalam kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan (p <

0.05) antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM guru di dalam bilik darjah

terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Walau bagaimanapun, dapatan kajian

juga menunjukkan tahap penguasaan matematik murid sekolah kebangsaan berada pada tahap

yang baik. Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru matematik sekolah kebangsaan masih

perlu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran STEM dengan mematuhi saranan oleh

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa

pengamalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM yang konsisten dalam bilik darjah mampu

meningkatkan pencapaian murid yang lebih baik dalam matematik. Implikasi kajian ini ialah

pengamalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan elemen yang perlu diberi

perhatian oleh warga pendidik dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matematik.