Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih

interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah

rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk menge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Phan, Chei Wei
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10298
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih

interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah

rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal

pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap

pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3

dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen

digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran

konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama

lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap

pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19

orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20

orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul

dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap

motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pasca pencapaian dan item soal

selidik dianalisis inferensi dengan menggunakan ujian-t dan data deskriptif. Hasil

analisis ujian-t mendapati min ujian pasca pencapaian kumpulan rawatan

(M=18.10) signifikan (p=0.002) lebih tinggi daripada min pencapaian kumpulan

kawalan (M=13.95). Min soal selidik bagi motivasi kumpulan rawatan (M=2.95)

signifikan (p=0.031) lebih tinggi daripada min motivasi kumpulan

kawalan(M=2.67). Min soal selidik bagi minat kumpulan rawatan (M=3.04)

signifikan (p=0.000) lebih tinggi daripada min minat kumpulan kawalan

(M=2.48). Kaedah multimedia interaktif adalah lebih berkesan dalam

meningkatkan tahap pencapaian Bahasa Inggeris, tahap motivasi dan tahap

minat dalam kalangan murid tahun 3. Kajian berterusan tentang kaedah

penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris perlu dilaksanakan

agar mendapat bukti yang lebih kukuh dan menyeluruh tentang

keberkesanannya.