Pembangunan sukatan pelajaran asas pembelajaran gitar elektrik bagi pemain dalam kelompok sinistraliti terbalik

Kajian ini menjelaskan fenomena perlakuan individu yang mendominasi tangan kiri

(sinistraliti) melebihi tangan kanan (non-kidal) dalam konteks permainan gitar elektrik.

Pembangunan sukatan pelajaran asas pemain gita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Effandi Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10300
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini menjelaskan fenomena perlakuan individu yang mendominasi tangan kiri

(sinistraliti) melebihi tangan kanan (non-kidal) dalam konteks permainan gitar elektrik.

Pembangunan sukatan pelajaran asas pemain gitar sinistraliti tali terbalik bertujuan

menyelesaikan pemasalahan kelompok ini dalam mendapatkan sukatan pelajaran asas.

Objektif utama penyelidikan ialah menganalisis keperluan dan kandungan yang relevan

terhadap pemain gitar dalam kelompok sinistraliti terbalik, membangunkan satu

sukatan pelajaran yang komprehensif berpandukan analisis dan perolehan data,

seterusnya mengesahkan pembangunan sukatan pelajaran baharu. Kajian kualitatif ini

menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) melalui tiga fasa asas

kajian dan dibantu oleh model-model pembangunan kurikulum. Pembangunan sukatan

pelajaran baharu berjaya dilaksanakan menerusi proses adaptasi dan modifikasi

spesifikasi unit sukatan pelajaran peperiksaan gitar elektrik Rockschool Limited (RSL)

yang berpandukan keperluan kajian. Pelaksanaan metodologi kajian melalui prosedur,

kaedah serta instrumen-instrumen kajian telah menghasilkan dapatan kajian dengan

terhasilnya satu dokumen standard Sukatan Pelajaran Gitar Sinistraliti Terbalik

(SPGST) peringkat asas yang mempunyai lapan unit spesifikasi berperanan sebagai

panduan asas pembelajaran Produk ini signifikan terhadap kelompok orang-orang

sinistraliti sebagai satu sukatan pelajaran formal. Justeru, diharapkan kajian

pembangunan sukatan pelajaran pemain gitar sinistraliti terbalik ini dimanfaatkan

bukan sahaja sebagai satu aspirasi malah satu inspirasi dari pelbagai sudut kajian ilmiah

yang menjadi rujukan kepada para penyelidik dalam dan luar negara.