Loteri UMNO Malaya 1953-1969

Kajian berhubung Loteri UMNO Malaya ini bertujuan untuk menganalisis tentang

perkembangannya sepanjang tempoh 1953 sehingga 1969. Ia menghuraikan tentang

tujuan penubuhan Loteri UMNO Malaya dan kepentingannya kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Hanifah Jamil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10309
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian berhubung Loteri UMNO Malaya ini bertujuan untuk menganalisis tentang

perkembangannya sepanjang tempoh 1953 sehingga 1969. Ia menghuraikan tentang

tujuan penubuhan Loteri UMNO Malaya dan kepentingannya kepada perjuangan

UMNO dalam memperbaiki keadaan kewangan masyarakat Melayu pada tahun

1950-an sehingga 1960-an. Pelaksanaan Loteri UMNO Malaya berkonsepkan

kebajikan bertujuan untuk membela nasib golongan yang mempunyai masalah dan

kesempatan hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan

mengaplikasikan metodologi kajian sejarah. Sehubungan itu, ia menggunakan

sumber primer dan sekunder secara meluas. Sumber primer yang digunakan adalah

fail, dokumen, surat-menyurat, majalah serta akhbar yang diterbitkan sepanjang

tempoh kajian. Sumber primer ini diteliti, disaring dan dianalisis bagi mendapatkan

maklumat tepat berhubung perkembangan yang terjadi. Kajian ini memperlihatkan

bahawa perkembangan sejarah sosial dalam masyarakat Melayu pada pertengahan

abad ke-20 mendorong UMNO melancarkan loteri ini. Ia dilihat sebagai usaha

kebajikan dan selari dengan agama Islam. Penganjuran loteri mendapat sokongan

penuh daripada para pemimpin UMNO berdasarkan hasil keputusan mesyuarat.

Bantuan loteri yang disalurkan kepada kebajikan orang Melayu membuahkan hasil

apabila para tahanan penjara berjaya dibantu, bantuan pendidikan diperluaskan,

pembangunan rancak dijalankan dan peluang pekerjaan semakin bertambah. Namun,

pelaksanaan loteri ini menghadapi cabaran yang besar kerana masalah

pengurusannya antaranya komitmen yang rendah oleh ejen penjual tiket loteri, isu

kehilangan tiket serta kurang sambutan daripada ahli UMNO. Ia juga mencetuskan

polemik dalam kalangan agamawan di Malaysia berhubung hukum berkaitan loteri.

Jelasnya kajian ini membuktikan bahawa isu kemiskinan dan kelemahan ekonomi

mendapat perhatian dalam agenda perjuangan UMNO. Ia juga menunjukkan bahawa

polemik dan konflik di dalam masyarakat Muslim ditangani secara berbeza mengikut

jabatan agama negeri dan ia menyebabkan pentadbiran agama Islam di negara tidak

selari.