Kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar

Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian ini

bertujuan untuk melihat kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur yang tidak

disukai oleh kanak-kanak pras...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfarhana Diana Mohd Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10310
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian ini

bertujuan untuk melihat kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur yang tidak

disukai oleh kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar. Dua buah prasekolah telah

dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.

Terdapat dua fasa dalam kajian ini di mana fasa pertama untuk menentukan sayur ujian dan fasa kedua

untuk melihat keberkesanan intervensi. Dalam fasa pertama, seramai 56 orang subjek (32 lelaki dan

24 perempuan) telah bersetuju menyertai kajian ini dan ibu bapa dikehendaki untuk mengisi

borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini mengandungi maklumat

sosiodemografi, kekerapan pengambilan sayur, tahap kesukaan terhadap sayur, kekerapan penyediaan

dan kaedah memasak sayur di rumah. Daripada analisa fasa pertama, sayur cekur manis dijadikan sayur

ujian kerana mendapat skor tertinggi berdasarkan majoriti daripada subjek tidak pernah mengambil

dan tidak menyukainya. Dalam fasa kedua, hanya subjek yang dikenalpasti tidak menyukai sayur ujian

akan menyertai fasa ini. Setiap subjek yang menyertai fasa pertama akan diberi rasa sayur ujian

yang telah dimasak dan diminta untuk menentukan tahap kesukaan dengan menggunakan skala hedonik

berasaskan ekspresi wajah iaitu kad muka gembira, neutral dan sedih yang mewakili rasa sedap, rasa

neutral dan rasa tidak sedap. Seramai 42 subjek (26 lelaki dan 16 perempuan) telah memilih kad muka

sedih yang menggambarkan tidak menyukai sayur ujian dan menjalani sesi intervensi selama 5 hari di

mana setiap subjek dibekalkan dengan 18 g cekur manis masak lemak yang digantikan dengan susu

rendah lemak pada setiap hari. Sayur ujian diberi pada pukul 9 pagi setiap hari sebelum subjek

diberi hidangan makan pagi oleh pihak sekolah. Baki sayur yang tidak dimakan akan ditimbang untuk

mengetahui pengambilannya. Hasil analisa fasa kedua mendapati terdapat peningkatan dalam

pengambilan sayur ujian di kalangan subjek iaitu dari 2.4 3.1 g (hari 1) kepada 5.8 4.5 g (hari

5) dengan nilai (z= - 5.278, p<0.001) menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pengambilan sayur

ujian pada hari kelima menunjukkan perbezaan yang signifikan di mana pengambilan sayur bagi subjek

perempuan lebih tinggi berbanding subjek lelaki (z= -2.126, p=0.034). Selain itu, terdapat juga

perbezaan signifikan antara subjek dalam kumpulan IJT normal dan subjek dalam kumpulan IJT risiko

berlebihan berat badan/berlebihan berat badan/obes. Pengambilan sayur ujian didapati lebih tinggi

pada kelima-lima hari intervensi dalam subjek kumpulan UT normal dengan (z= -2.403, p=0.023), (z=

-2.632, p=0.008), (z= -2.074, p=0.040), (z= -

2.551, p=0.010) dan (z= -2.975, p=0.002). Basil kajian ini menunjukkan kesan

pendedahan berulang kali dapat meningkatkan pengambilan sayur yang tidak disukai dan ini dapat

dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan

sayur-sayuran di kalangan kanak-kanak.