Pembangunan dan kebolehlaksanaan Platform DiskretSTEM terhadap kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah murid tingkatan empat

Kajian ini bertujuan membangunkan Platform DiskretSTEM iaitu sebuah platform

interaktif yang mengandungi 10 bahan sumber pengajaran dan pembelajaran STEM

bagi bidang pembelajaran Matematik Diskret dan menilai kebole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaida Shahar Zaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10325
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan Platform DiskretSTEM iaitu sebuah platform

interaktif yang mengandungi 10 bahan sumber pengajaran dan pembelajaran STEM

bagi bidang pembelajaran Matematik Diskret dan menilai kebolehlaksanaannya

terhadap kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah murid tingkatan empat.

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan melibatkan

tiga fasa. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan keperluan Platform DiskretSTEM

dibangunkan. Pada fasa kedua, Platform DiskretSTEM dibangunkan berdasarkan

Model ADDIE. Kesahan Platform DiskretSTEM dinilai menggunakan kaedah Fuzzy

Delphi. Sejumlah 14 orang pakar mencapai kesepakatan bersetuju dengan setiap elemen

dalam konstruk soal selidik kesahan pakar bagi kandungan Platform DiskretSTEM

dan soal selidik kesahan pakar bagi Platform DiskretSTEM sebagai platform

multimedia interaktif. Pada fasa ketiga, kebolehlaksanaan Platform DiskretSTEM

dinilai melalui kaedah tinjauan terhadap 40 orang guru matematik tingkatan empat yang

disokong oleh data temu bual separa berstruktur melibatkan 8 orang murid tingkatan

empat di daerah Perak Tengah. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa guru

matematik tingkatan empat bersetuju dari aspek kerelevanan isi kandungan (M=4.26,

SP=0.707), aspek kebolehcapaian objektif pelajaran (M=4.16, SP=0.671), aspek

kebolehlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (M=4.06, SP=0.685) dan aspek

kemampuan menarik minat murid (M=4.24, SP=0.729) bagi Platform DiskretSTEM.

Seterusnya, guru juga menyatakan persetujuan bahawa murid tingkatan empat dapat

mengaplikasikan kemahiran berfikir kritis (M=4.04, SP=0.656) dan kemahiran

penyelesaian masalah (M=3.98, SP=0.689) dengan menggunakan Platform

DiskretSTEM. Melalui dapatan temu bual, kod dan tema yang terhasil mengukuhkan

lagi dapatan soal selidik. Analisis korelasi Pearson yang diperoleh menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan di antara kandungan Platform DiskretSTEM dengan

aplikasi kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah murid tingkatan empat.

Kesimpulannya, Platform DiskretSTEM boleh dilaksanakan manakala kemahiran

berfikir kritis dan penyelesaian masalah boleh diaplikasikan oleh murid tingkatan

empat. Implikasinya, Platform DiskretSTEM mengandungi bahan sumber pengajaran

dan pembelajaran STEM yang dapat merangsang kemahiran murid berfikir kritis dan

dapat menyelesaikan masalah bagi tajuk-tajuk dalam bidang pembelajaran Matematik

Diskret.