Pelaksanaan tugasan seni terapeutik dalam proses PdP Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan potensi tugasan seni terapeutik dalam

meningkatkan tahap keyakinan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

(PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah rendah. Ob...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Almunawwarah Shahuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10333
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan potensi tugasan seni terapeutik dalam

meningkatkan tahap keyakinan diri murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

(PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah rendah. Objektif kajian ini juga

meneroka keperluan tugasan seni terapeutik dan reka bentuk tugasan seni terapeutik

yang boleh dilaksanakan semasa PdP PSV di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan

kaedah kualitatif reka bentuk deskriptif yang telah dilaksanakan semasa kajian rintis

dan kajian sebenar. Penambahbaikan telah dilaksanakan dalam kajian sebenar

berdasarkan dapatan daripada kajian rintis. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah

sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis

kebangsaan tamil yang melibatkan tiga (3) orang guru PSV dan 36 orang murid. Data

di kumpul menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan data

telah dianalisis secara serentak berpandukan model interaktif Miles & Huberman. Kod

yang dihasilkan membentuk tema kepada tiga persoalan kajian. Dapatan menunjukkan

murid mempunyai konsep kendiri yang tinggi semasa melakukan tugasan seni

terapeutik. Hasil temu bual bersama tiga orang guru PSV mendapati bahawa tahap

keyakinan diri murid ini memberi kesan kepada kejayaan PdP PSV. Tahap keyakinan

diri murid diukur melalui hasil tugasan seni terapeutik, respon murid semasa PdP dan

respon guru PSV sebelum dan selepas melaksanakan tugasan seni terapeutik.

Kesimpulannya, tugasan seni terapeutik ini sangat membantu murid untuk

meningkatkan tahap keyakinan diri mereka dalam proses PdP PSV. Kajian melibatkan

bidang seni terapeutik dalam mata pelajaran PSV ini dapat menghasilkan satu

pengetahuan baru kepada guru-guru PSV di sekolah rendah untuk diaplikasikan dalam

PdP mereka dan seterusnya mencetuskan idea-idea baharu untuk mengembangkan lagi

bidang seni terapeutik ini dalam semua mata pelajaran yang ada di sekolah.