Kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks bacaan Bahasa Cina Tahun Empat

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam

pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran

konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chew, Kai Liang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10336
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam

pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran

konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian markah ujian soalan

pemahaman Bahasa Cina murid Tahun Empat telah dikaji. Kajian ini merupakan kajian

reka bentuk campuran. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan

eksperimen-kuasi dan disokong oleh data kualitatif seperti analisis dokumen dan temu

bual. 62 orang murid telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dalam reka bentuk

eksperimen-kuasi, sebuah kelas dijadikan kumpulan eksperimen yang menggunakan

peta minda semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman teks Bahasa Cina selama

12 minggu. Manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang menerima

pengajaran konvensional. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian

pra dan ujian pasca, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Penganalisisan data dalam

kajian ini merangkumi dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.

Statistik deskriptif melibatkan min (purata markah) manakala stastistik inferensi

menggunakan ujian-t sampel berpasangan dan ujian-t sampel bebas.Hasil kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian

penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk

meningkatkan keupayaan pemahaman teks Bahasa Cina dalam kalangan murid tahun

empat berbanding dengan pengajaran konvensional. Selain itu, data soal selidik

menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam

pemahaman teks berada pada tahap sederhana. Tambahan lagi, penggunaan peta minda

dalam pemahaman teks memberi kesan positif kepada murid tahap sederhana dan lemah

dalam kumpulan eksperimen. Kesimpulannya, penggunaan peta minda dalam

pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan keupayaan pemahaman teks

Bahasa Cina murid tahun empat.