Hubungan amalan kepimpinan teknologi dengan peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan pemimpin pertengahan Kolej Vokasional di Zon Utara, Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan amalan kepimpinan teknologi dengan

peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan pemimpin pertengahan kolej

vokasional di Zon Utara, Malaysia. Kajian ini menggunakan pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hafidzah Yusof@Hasan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10349
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan amalan kepimpinan teknologi dengan

peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan pemimpin pertengahan kolej

vokasional di Zon Utara, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif

bersifat tinjauan. Kajian kuantitatif ini melibatkan satu sampel kajian terdiri daripada

185 pemimpin pertengahan melibatkan 22 buah Kolej vokasional di Zon Utara iaitu

Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik

amalan kepimpinan teknologi adaptasi daripada The Principal Technology Leadership

Assesment (PTLA) dan soal selidik peranan kepimpinan pertengahan adaptasi daripada

Middle Leadership Roles Questionaire School Edition (MLRQ-SE). Data yang

diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS IBM

Versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan teknologi (M=3.65,

SP=0.538) dan peranan kepimpinan pertengahan (M=3.59, SP=0.635) berada pada

tahap sederhana. Analisis inferensi pula melibatkan ujian -t sampel bebas, dan ujian

korelasi Pearson. Ujian-t sampel bebas menjelaskan terdapat perbezaan yang signifikan

bagi amalan kepimpinan teknologi berdasarkan jantina: t=2.87(183, p<0.05) dan

amalan kepimpinan teknologi juga berbeza berdasarkan latihan kemahiran berkaitan

ICT: t=2.39(183, p<0.05). Seterusnya ujian -t sampel bebas menjelaskan terdapat

perbezaan peranan kepimpinan pertengahan berdasarkan jantina: t=2.30(183, p<0.05).

Manakala, tahap peranan kepimpinan pertengahan juga berbeza berdasarkan latihan

kemahiran berkaitan ICT: t= 2.24(183, p<0.05). Analisis Korelasi Pearson

menunjukkan amalan kepimpinan teknologi mempunyai hubungan yang positif pada

tahap sederhana dengan peranan kepimpinan pertengahan iaitu (r=0.606, p<0.05). Oleh

itu, kajian ini mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara amalan

kepimpinan teknologi dengan peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan

pemimpin pertengahan kolej vokasional di Zon Utara, Malaysia. Implikasi kajian ini

menunjukkan bahawa amalan kepimpinan teknologi perlu dikemaskini dan

diperkasakan secara berterusan untuk meningkatkan kualiti peranan kepimpinan

pertengahan kolej vokasional yang lebih mantap dan berfokus.