Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan semula ciri-ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale pada 1959. Fokus diberikan untuk mengenal pasti trend dan intensiti hujan jangka masa panjang di kawasan wilayah barat dari tahun 1960 hingga 2010 yang diklasifikasikan sebagai kawasan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hawa Kamaludin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1035
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:1035
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:10352020-02-27 Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR) 2014 Siti Hawa Kamaludin G Geography (General) Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan semula ciri-ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale pada 1959. Fokus diberikan untuk mengenal pasti trend dan intensiti hujan jangka masa panjang di kawasan wilayah barat dari tahun 1960 hingga 2010 yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah. Data hujan daripada stesen hujan yang terletak dalam kawasan wilayah barat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah digunakan dalam kajian ini. Data hujan tahunan bagi 133 buah stesen dari tahun 1960 hingga 2010 dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian Mann- Kendall. Persempadanan semula wilayah hujan dibentuk menggunakan topologi dalam Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian menunjukkan semua stesen mengalami trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1960 hingga 2010 walaupun tidak signifikan berdasarkan Mann-Kendall (P=1). Julat purata hujan tahunan bagi kawasan barat yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah didapati telah berkurangan antara 1936 mm hingga 2635 mm berbanding julat purata hujan tahunan oleh Dale iaitu antara 2540 mm hingga 2794 mm. Variasi purata hujan bagi kawasan barat dalam tempoh kajian adalah semakin besar iaitu 699 mm berbanding variasi purata hujan oleh Dale iaitu 254 mm antara tahun 1950 hingga 1959. Purata hujan maksimum pada tahun 1960 hingga 2010 bagi kawasan wilayah barat (sederhana basah) turut berkurang sebanyak 155 mm (6%). Taburan hujan menunjukkan bahawa tidak semua kawasan dalam wilayah barat Dale menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm pada setiap tahun malahan ada kawasan yang tidak pernah menerima hujan dengan jumlah itu. Persempadanan wilayah barat baharu telah dibentuk dengan pengecilan sebanyak 10% berbanding wilayah barat asal Dale, 1959. Lembah Klang dan sekitarnya merupakan kawasan yang kerap menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm namun masih mengalami krisis bekalan air bersih. Persempadan baharu yang dibentuk menerusi kajian ini boleh dijadikan panduan oleh agensi yang menguruskan sumber air di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dalam membuat perancangan pembekalan air yang lebih efisyen. 2014 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1035 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1035 text zsm closedAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Sains Kemanusiaan N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic G Geography (General)
spellingShingle G Geography (General)
Siti Hawa Kamaludin
Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
description Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan semula ciri-ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale pada 1959. Fokus diberikan untuk mengenal pasti trend dan intensiti hujan jangka masa panjang di kawasan wilayah barat dari tahun 1960 hingga 2010 yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah. Data hujan daripada stesen hujan yang terletak dalam kawasan wilayah barat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah digunakan dalam kajian ini. Data hujan tahunan bagi 133 buah stesen dari tahun 1960 hingga 2010 dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian Mann- Kendall. Persempadanan semula wilayah hujan dibentuk menggunakan topologi dalam Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian menunjukkan semua stesen mengalami trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1960 hingga 2010 walaupun tidak signifikan berdasarkan Mann-Kendall (P=1). Julat purata hujan tahunan bagi kawasan barat yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah didapati telah berkurangan antara 1936 mm hingga 2635 mm berbanding julat purata hujan tahunan oleh Dale iaitu antara 2540 mm hingga 2794 mm. Variasi purata hujan bagi kawasan barat dalam tempoh kajian adalah semakin besar iaitu 699 mm berbanding variasi purata hujan oleh Dale iaitu 254 mm antara tahun 1950 hingga 1959. Purata hujan maksimum pada tahun 1960 hingga 2010 bagi kawasan wilayah barat (sederhana basah) turut berkurang sebanyak 155 mm (6%). Taburan hujan menunjukkan bahawa tidak semua kawasan dalam wilayah barat Dale menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm pada setiap tahun malahan ada kawasan yang tidak pernah menerima hujan dengan jumlah itu. Persempadanan wilayah barat baharu telah dibentuk dengan pengecilan sebanyak 10% berbanding wilayah barat asal Dale, 1959. Lembah Klang dan sekitarnya merupakan kawasan yang kerap menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm namun masih mengalami krisis bekalan air bersih. Persempadan baharu yang dibentuk menerusi kajian ini boleh dijadikan panduan oleh agensi yang menguruskan sumber air di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dalam membuat perancangan pembekalan air yang lebih efisyen.
format thesis
qualification_name
qualification_level Master's degree
author Siti Hawa Kamaludin
author_facet Siti Hawa Kamaludin
author_sort Siti Hawa Kamaludin
title Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
title_short Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
title_full Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
title_fullStr Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
title_full_unstemmed Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
title_sort pengesahan semula ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan dale (1959) (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Sains Kemanusiaan
publishDate 2014
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1035
_version_ 1747832934389252096