Kesan penggunaan bahan sumber STEM Kimia ke atas kemahiran abad ke-21, minat dan pencapaian murid bagi topik Asid dan Bes

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Bahan Sumber STEM Kimia

(BSTEM Kimia) ke atas kemahiran abad ke-21, minat terhadap STEM dan pencapaian

murid bagi topik Asid dan Bes. Kajian ini menggunakan reka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Hazril Mohamad Mukhid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10350
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Bahan Sumber STEM Kimia

(BSTEM Kimia) ke atas kemahiran abad ke-21, minat terhadap STEM dan pencapaian

murid bagi topik Asid dan Bes. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen

kuasi. Seramai 60 orang murid dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang

kemudianya dibahagikan sama rata kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Tiga instrumen digunakan iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, soal selidik minat

terhadap STEM serta ujian pencapaian bagi topik Asid dan Bes. Data dianalisis dengan

menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan

(t = -5.36, p < 0.05) dalam skor min kemahiran abad ke-21 bagi ujian pra berbanding

ujian pasca kumpulan eksperimen. Juga, didapati terdapat peningkatan yang signifikan

(t = -0.02, p < 0.05) dalam skor min minat pelajar kumpulan eksperimen terhadap

STEM dalam soal selidik pasca berbanding soal selidik pra. Di samping itu, terdapat

peningkatan yang signifikan (t = -43.00, p < 0.05) dalam skor min ujian pencapaian

pasca berbanding ujian pencapaian pra bagi kumpulan eksperimen. Kesimpulannya,

BSTEM Kimia dapat meningkatkan kemahiran abad ke-21, minat terhadap STEM dan

pencapaian murid dalam topik Asid dan Bes. Implikasinya, BSTEM Kimia ini boleh

digunakan sebagai bahan sumber alternatif bagi membantu guru menerapkan

kemahiran abad ke-21, minat terhadap STEM dan meningkatkan pencapaian murid

dalam pengajaran kimia.