Pembinaan dan keberkesanan amali Kimia hijau terhadap pencapaian, kesedaran dan amalan kelestarian alam pelajar sekolah menengah

Amali kimia hijau merupakan pendekatan yang mengurangkan kesan ke atas alam

sekitar mealui penggunaan bahan yang kurang mencemarkan alam serta kesan kepada

kesihatan manusia melalui penggunaan bahan yang lebih selam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaili Mohd Sarjidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10351
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Amali kimia hijau merupakan pendekatan yang mengurangkan kesan ke atas alam

sekitar mealui penggunaan bahan yang kurang mencemarkan alam serta kesan kepada

kesihatan manusia melalui penggunaan bahan yang lebih selamat. Kajian ini

melibatkan pembinaan amali kimia hijau bagi sub tajuk asid dan alkali dan kesan amali

hijau terhadap pencapaian, kesedaran dan amalan kelestarian alam pelajar sekolah

menengah dengan membandingkannya dengan amali kimia tradisional. Kajian

dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 34 orang pelajar

tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Kimia KSSM. Pelajar dibahagikan

kepada dua kumpulan rawatan dan kawalan. Pelajar kumpulan rawatan mengikuti

pembelajaran amali kimia asid dan alkali menggunakan amali kimia hijau manakala

kumpulan kawalan menggunakan amali kimia yang dibekalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Data ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan ujian-t

bagi melihat kesan amali kimia hijau ke atas pencapaian, kesedaran dan amalan

kelestarian alam sekitar pelajar. Hasil analisis data mendapati terdapat perbezaan

signifikan antara kumpulan rawatan dan kawalan dalam pencapaian, kesedaran dan

amalan kelestarian alam. Dalam analisis regreasi mendapati kesedaran merupakan

faktor peramal yang mempengaruhi pencapaian. Justeru, kajian menunjukkan amali

kimia hijau dapat meningkatkan pencapaian, kesedaran dan amalan kelestarian alam

pelajar. Natijahnya, amali kimia hijau boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran amali kimia disekolah.