Perbezaan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kuala Selangor

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazila Dawood
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10387
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri peribadi pelajar, hal berkaitan keluarga, hal berkaitan sekolah, pengaruh individu, dan pengalaman bekerja pelajar terhadap lima ciri kecenderungan keusahawanan iaitu keinginan untuk mencapai kejayaan, kreativiti dan inovasi, kawalan lokus dalaman, mengambil risiko terencana, dan keinginan autonomi. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan Tiga dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data dibentuk berdasarkan kepada Entrepreneurial Attitude Orientation (Robinson et al.0 1991), General Enterprising Tendency Test (1988) dan Gray (1989). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan jaantina, etnik, kedudukan dalam keluarga,pengaruh individu dan pengalaman bekerja. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, jawatan yang disandang di sekolah dan aliran Kemahiran Hidup. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru untuk menggalakkan pelajar agar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan kepada pihak pentadbiran kolej dalam memperkemaskan penawaran kursus-kursus vokasional atau keusahawanan yang dijalankan. Inisiatif dan Kerjasama semua pihak dalam membangunkan usahawan dari kalangan golongan muda adalah sangat penting kerana kecenderungan kepada bidang keusahawanan ini akan membuka peluang yang lebih besar bagi merancakkan lagi pertumbuhan perniagaan firma berteknologi tinggi dan seterusnya akan menjana ekonomi Malaysia dengan lebih pantas.</p>