Gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran perakaunan di sebuah kolej matrikulasi

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pemikiran yang dominan dan kecenderungan pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran Perakaunan. Sampel kajian ini terdiri daripada 218 orang pelajar jurusan perakaunan dad sebuah kolej matri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Mad Hezir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10402
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pemikiran yang dominan dan kecenderungan pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran Perakaunan. Sampel kajian ini terdiri daripada 218 orang pelajar jurusan perakaunan dad sebuah kolej matrikulasi, Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif Instrumen yang digunakan adalah soal selidik 48 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Sahagian A (3 item - maklumat latar belakang), Sahagian S (25 item - gaya pernikiran) dan Sahagian C (20 item - pendekatan pembelajaran). Analisis deskriptif (peratus dan min) dan statistik inferens (ujian-t, ANOV A dan korelasi Pearson) telah digunakan untuk menclapatkan maklumat berkaitan hubungan di antara pemboleh ubah bersandar (gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran) dengan pemboleh ubah bebas (jantina dan pengetahuan sedia ada). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan dalam gaya pemikiran internal berbanding pelajar perempuan, Sebaliknya, pelajar perempuan lebih dominan dalam gaya pemikiran executive berbanding pelajar lelaki. Dari segi pendekatan pembelajaran pula didapati pelajar lelaki lebih cenderung mengamalkan pendekatan permukaan. Walau bagaimana pun, tidak terdapat perbezaan gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran berdasarkan gred Prinsip Perakaunan SPM. Dapatan kajian ini penting di kalangan pendidik supaya mereka dapat memahami kepelbagaian gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar. Seterusnya, ia dapat membantu para pendidik menyesuaikan kaedah pengajaran dan penilaian dengan gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, maklumat dan hasil dapatan kajian boleh dijadikan sebagai satu panduan dalam penggubalan kurikulum Perakaunan di peringkat matrikulasi terutamanya dalam sistem penilaian. Kajian ini terhad kepada pelajar sebuah kolej matrikulasi sahaja, oleh itu penglibatan sampel yang lebih besar bagi kajian akan datang bakal memberi maklumat yang lebih tepat.</p>