Kesan latihan pliometrik, latihan bebanan, latihan pliometrik - bebanan ke atas kuasa kaki atlet bawah 14 tahun Sekolah Sukan Tabuan Jaya

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesan latihan pliometrik, Iatihan bebanan dan

latihan pliometrik-bebanan ke atas tahap kuasa kaki atlet bawah empat belas tahun Sekolah Sukan

Tabuan Jaya. Seramai emp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rasia Lutang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10409
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesan latihan pliometrik, Iatihan bebanan dan

latihan pliometrik-bebanan ke atas tahap kuasa kaki atlet bawah empat belas tahun Sekolah Sukan

Tabuan Jaya. Seramai empat puluh orang atlet telah dipilih dan dibahagikan kepada empat kumpulan

iaitu kumpulan latihan pliometrik, kumpulan latihan bebanan, kumpulan latihan pliometrik-bebanan

dan kumpulan kawalan yang mana setiap kumpulan mempunyai 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Tiga kumpulan latihan itu telah menjalankan eksperimen tiga sesi seminggu selama enam minggu.

Manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang latihan. Ujian pra dan ujian pos berkenaan tahap

kuasa kaki telah dijalankan sebelum dan selepas latihan. Tahap kuasa kaki secara mendatar diuji

menggunakan kaedah Lompat Jauh Berdiri dan manakala tahap kuasa kaki secara menegak diuji

menggunakan kaedah Lompat Kuasa Menegak. Skor mentah ujian yang diperolehi dianalisis secara

statistik deskriptif dan statistik inferens dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik

telah dilakukan dengan menggunakan ujian dua penghujung dan ANOVA Sehala. Tahap signifikan .05

telah dipilih untuk menolak hipotesis null ( p < .05 ) Hasil kajian menunjukkan bahawa semua

program latihan adalah berkesan dan signifikan ( p< . 05 ) dalam meningkatkan tahap kuasa kaki

atlet Sekolah Sukan Tabuan Jaya. Waiau bagaimanapun kumpulan gabungan latihan pliometrik-bebanan

telah menunjukkan peningkatan signifikan dalam lompat menegak dan mendatar berbanding kumpulan

latihan pliometrik dan kumpulan latihan bebanan. Kesimpulannya, kajian ini telah memperlengkapkan

sokongan yang menyatakan bahawa pengabungan latihan pliometrik-bebanan lebih berkesan dalam

meningkatkan kuasa kaki secara menegak, mendatar dan kuasa eksplosif serta kekuatan

otot kaki di kalangan atlet Sekolah Sukan.