Persekitaran keluarga, konsep kendiri dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah harian di Tanah Rancangan FELDA

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara persekitaran keluarga,

konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar

sekolah menengah harian khususnya di Tanah Rancangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Azmi Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10418
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara persekitaran keluarga,

konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar

sekolah menengah harian khususnya di Tanah Rancangan FELDA. Seramai 400

orang pelajar dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di 23 buah

sekolah menengah harian di Tanah Rancangan FELDA seluruh Malaysia. Kajian

rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik.

Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik.

Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk mengukur tahap persekitaran keluarga

mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.880. Soal selidik berkaitan konsep kendiri

diubahsuai daripada Skala Konsep Kendiri Tennessee daripada Fitts & Wareen

(1996) yang mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.834. Manakala soal selidik bagi

personaliti pelajar pula diubahsuai daripada Soal Selidik Personaliti daripada Eysenck

& Eysenck (1975) yang mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.532. Reka bentuk

kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik

sepenuhnya bagi mengumpul data. Penganalisisan telah dilakukan berdasarkan data

yang diperoleh. Data-data mentah seterusnya dianalisis dan diinterpretasikan dalam

bentuk huraian dapatan. Berikutnya, dapatan daripada analisis telah digunakan untuk

menterjemah dan menjawab semua soalan kajian yang telah dibuat. Ujian korelasi

digunakan untuk menganalisis adakah terdapat hubungan antara persekitaran

keluarga, konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Selain

itu, ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara persekitaran

keluarga, konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina dan lokasi. Dapatan kajian

ini melalui ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara

pemboleh ubah persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala

bagi pemboleh ubah konsep kendiri dan personaliti menunjukkan tidak terdapat

hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, analisis

ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pemboleh ubah

persekitaran keluarga, konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina dan lokasi.

Kajian yang dilaksanakan mempunyai beberapa implikasi kepada masyarakat

Malaysia khususnya kepada ibu bapa dan pihak sekolah termasuk kepada guru

bimbingan dan kaunseling. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber

maklumat tentang perkara yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar

masa kini. Penemuan kajian melaporkan tentang bagaimana aspek persekitaran

keluarga menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa

cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan persekitaran keluarga, konsep

kendiri dan juga kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha

meningkatkan pencapaian akademik mereka.