Hubungan kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar dalam meningkatkan kualiti di Madrasah Tsanawiyah negeri Jakarta Selatan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan pengetua, prestasi guru, budaya belajar dalam meningkatkan kualiti Madrasah Tsanawiyah Negeri di Jakarta Selatan. Ianya menganalisis hubungan kepemimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar terhadap kualiti madrasah, untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Muhammadi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1042
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan pengetua, prestasi guru, budaya belajar dalam meningkatkan kualiti Madrasah Tsanawiyah Negeri di Jakarta Selatan. Ianya menganalisis hubungan kepemimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar terhadap kualiti madrasah, untuk pencapaian keberkesanan madrasah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif, manakala penggumpulan data sampel kajian dengan menggunakan soal selidik kajian.Instrumen kajian diubahsuai dari pelbagai sumber untuk disesuaikan dengan reka bentuk, sampel, dan objektif kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan madrasah kurang berkesan berada pada tahap sederhana. Seterusnya pengaruh kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan kualiti madrasah. Kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar mempunyai pengaruh secara tidak langsung terhadap kualiti madrasah. Sehubungan itu, kepimpinan pengetua, prestasi guru, dan budaya belajar adalah faktor utama yang perlu diberi keutamaan dalam meningkatkan kecemerlangan sebuah madrasah,tanpa adanya kepeminpinan pengetua madrasah yang baik, serta prestasi guru dan budaya belajar dalam madrasah maka penambahbaikan dan peningkatan kualiti madrasah tidak akan menjadi kenyataan.