Keberkesanan penggunaan pendekatan inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains murid tahun 3

Kajian ini bertujuan untuk menkaji kesan penggunaan pendekatan inkuiri 5E (engage,

explore, explain, elaborate, evaluate) terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan

pencapaian sains murid Tahun 3. Istilah ketumpata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nantha Kumar Sivaperumal
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10449
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menkaji kesan penggunaan pendekatan inkuiri 5E (engage,

explore, explain, elaborate, evaluate) terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan

pencapaian sains murid Tahun 3. Istilah ketumpatan merupakan istilah baru yang

diperkenalkan di tahun 3 mulai tahun 2019. Murid-murid didapati menghadapi masalah

dalam memahami konsep tajuk ini. Bagi mengatasi masalah tersebut satu kajian

dibentuk dan dilaksanakan di sebuah sekolah untuk mengenalpasti kesan pendekatan

inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains dalam

kalangan murid tahun 3 serta persepsi murid terhadap pendekatan inkuiri 5E dalam

pembelajaran sains. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di sebuah sekolah di negeri

Selangor. Seramai 70 orang murid Tahun 3 terlibat dan mereka telah dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu 35 murid dalam kumpulan rawatan dan 35 murid dalam

kumpulan kawalan. Murid kumpulan rawatan (n=35) mengikuti pembelajaran sains

melalui kaedah inkuiri 5E manakala murid kumpulan kawalan (n=35) diajar

menggunakan kaedah tradisional. Pencapaian diukur melalui ujian pra dan ujian pasca

yang terdiri daripada 20 item soalan aneka pilihan dan 4 soalan subjektif. Selain itu

persepsi murid terhadap pendekatan inkuiri 5E diukur dengan menggunakan soal

selidik 18 item mengikut tahap model 5E. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dan

ANOVA untuk membandingkan skor pencapaian dan persepsi murid di antara keduadua

kumpulan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa min ujian pasca kumpulan rawatan

mencatatkan min yang tinggi (min=38.80, sp=4.58) berbanding kumpulan kawalan

(min=30.45 sp= 3.29) dalam ujian. Tambahan pula, analisis ujian T menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan signifikan antara persepsi murid sebelum intervensi dan

selepas intervensi, t(68)=-17.689, p=.000, iaitu Nilai p<0.05. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa kaedah inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan memberi kesan

positif terhadap pencapaian dan meningkatkan persepsi murid terhadap pendekatan

inkuiri 5E dalam tajuk ketumpatan. Implikasi kajian ini kepada semua pihak yang

terlibat dalam dunia pembelajaran terutamanya kalangan guru bagi meningkatkan

pencapaian murid dalam matapelajaran sains.