Keberkesanan penerapan cerita rakyat digital terhadap kemahiran bertutur murid SJKC

Kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti permasalahan kemahiran bertutur aspek

bersoal jawab yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu 2) melihat

perbezaan pencapaian min yang signifikan dalam ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farah Hanani Kamanoorni
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10451
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti permasalahan kemahiran bertutur aspek

bersoal jawab yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu 2) melihat

perbezaan pencapaian min yang signifikan dalam kemahiran bertutur aspek bersoal

jawab antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan melalui Teknik Cerita Rakyat

Digital dan 3) mengkaji perbezaan pencapaian min murid yang signifikan berdasarkan

latar belakang sosial dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab. Reka bentuk kajian

kuantitatif digunakan iaitu kuasi-eksperimental. Pengumpulan data dilaksanakan

melalui soal selidik dan ujian perbandingan pencapaian pra dan pasca secara hibrid iaitu

campuran kaedah bersemuka dan di dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif dan

inferensi. Statistik deskriptif ialah statistik min skor dan nilai kekerapan manakala

statistik inferensi ialah ujian-t. Kedua statistik ini dioperasi menggunakan perisian

SPSS versi 26.0. Seramai (n=61) sampel dilibatkan iaitu (n=30) bagi kumpulan

kawalan dan (n=31) kumpulan rawatan. Dapatan kajian menunjukkan Persepsi Murid

Terhadap PdPc Kemahiran Bertutur mencatat nilai skor min tahap tinggi iaitu nilai min

skor 3.65. Manakala, perbandingan perbezaan pencapaian min terhadap kemahiran

bertutur aspek bersoal jawab menerusi penerapan Teknik Cerita Rakyat Digital adalah

signifikan dengan catatan nilai p =0.046. Selain itu juga, aspek latar belakang sosial

iaitu kaum dan bahasa pertama mempengaruhi pencapaian kemahiran bertutur aspek

bersoal jawab murid dengan nilai p yang signifikan iaitu p=0.000. Kesimpulannya,

penerapan Teknik Cerita Rakyat Digital ialah alternatif yang berkesan dan

komprehensif untuk menambah baik kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu

khususnya pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi murid bukan

penutur natif. Penggunaan teknologi digital juga sesuai dan memenuhi keperluan

pendidikan masa kini.