Pembinaan indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk membina indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia.

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan kaedah tinjauan lapangan

menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 10...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Khairul Anuar Ghazali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10482
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia.

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan kaedah tinjauan lapangan

menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 10 buah bandar warisan dan 1000

responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan berkelompok dan

rawak mudah. Dapatan kajian dianalisis menggunakan tiga kaedah iaitu (i) analisis

faktor, (ii) analisis deskriptif dan (iii) pengiraan indeks menggunakan nilai minimum

dan nilai maksimum bagi setiap petunjuk sebagai petunjuk matlamat. Hasil analisis

faktor telah berjaya membentuk satu set soal selidik dengan lima konstruk utama ((i)

kemakmuran ekonomi, (ii) kesejahteraan sosial, (iii) kesejahteraan alam sekitar, (iv)

warisan budaya, (v) peranan kerajaan dan komuniti), 14 sub konstruk dan 57 petunjuk

kelestarian yang sesuai untuk digunakan bagi mengukur tahap kelestarian bandar

warisan di Malaysia. Melalui soal selidik yang dibina, maklumat kelestarian bandar

dapat dikumpulkan. Hasil data yang dikumpulkan dianalisis dengan analisis deskriptif

dan pengiraan indeks telah berjaya mengenal pasti bandar warisan yang lestari iaitu

bandaraya Melaka (0.85) dan Muar (0.75), sederhana lestari iaitu Kota Bharu (0.71),

bandaraya George Town (0.68), Taiping (0.67), bandaraya Kuching (0.67), Jugra (0.63),

Tampin (0.6) dan Kuala Lipis (058). Manakala, bandar warisan kurang lestari ialah

Kuala Kubu Bharu (0.39). Akhir sekali, indeks purata keseluruhan bandar warisan di

Malaysia ialah 0.65 iaitu secara rumusanya berada pada definisi yang sederhana lestari.

Implikasi daripada kajian ini dapat memberikan gambaran awal tentang kelestarian

bandar warisan yang terpilih di Malaysia. Penemuan ini boleh dijadikan panduan bagi

usaha-usaha pemuliharaan bandar warisan di Malaysia pada masa akan datang. Selain

membantu ke arah tercapainya matlamat ke-11 dalam Agenda Pembangunan Lestari

2030 dan akhirnya menyumbang kepada tercapainya hasrat kerajaan bagi mewujudkan

bandar yang berdayahuni seiring dengan hasrat Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN

4).