Kesan Modul Pemantapan Disiplin berdasarkan REBT dan Teknik Kreatif terhadap pemikiran tidak rasional, tingkah laku agresif dan penghargaan kendiri murid sekolah rendah

Kajian bertujuan untuk menguji Kesan Modul Pemantapan Disiplin Berdasarkan

REBT dan Teknik Kreatif, terhadap pemikiran tidak rasional, tingkah laku agresif, dan

penghargaan kendiri murid sekolah rendah dan berfokus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim Abd Ghani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10494
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian bertujuan untuk menguji Kesan Modul Pemantapan Disiplin Berdasarkan

REBT dan Teknik Kreatif, terhadap pemikiran tidak rasional, tingkah laku agresif, dan

penghargaan kendiri murid sekolah rendah dan berfokus kepada berlakunya masalah

disiplin di sekolah. Kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang dijalankan ke atas 36

orang responden. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan

dan kumpulan rawatan. Daripada 36 sampel tersebut mereka terdiri daripada 9 orang

murid lelaki dan 9 orang murid perempuan bagi kumpulan rawatan dan 9 orang murid

lelaki dan 9 orang murid perempuan bagi kumpulan kawalan. Pemilihan sampel ini

dikawal sepenuhnya dan ia dipilih secara rawak bertujuan. Pembahagian kumpulan

pula menggunakan kaedah Cutting Of Point. Data dikumpulkan menggunakan tiga

soal selidik iaitu soal selidik Keberkesanan Emosi Ellis (KEE), soal selidik Agresif

(QA) dan soal selidik penghargaan kendiri (SEI). Data telah dianalisis secara

deskriptif dan inferens menggunakan kaedah Ujian Wilcoxon Signed Ranks Test.

Keputusan objektif pertama ditunjukkan oleh nilai min pangkatan bagi pangkatan

negatif (min pangkatan =9.30) yang lebih tinggi berbanding dengan min pangkatan

bagi pangkatan positif (min pangkatan =19.45). Objektif kedua nilai min pangkatan

bagi pangkatan positif (min pangkatan =19.04) yang lebih tinggi berbanding dengan

min pangkatan bagi pangkatan negatif (min pangkatan =11.57). Objektif ketiga nilai

min pangkatan bagi pangkatan negatif (min pangkatan=19.83) yang lebih tinggi

berbanding dengan min pangkatan bagi pangkatan positif (min pangkatan =11.87).

Hasil daripada analisis tersebut mendapati modul yang dibina signifikan dan berkesan

terhadap sampel kajian yang dibuat. Seterusnya untuk pemikiran tidak rasional, tingkah

laku agresif dan penghargaan kendiri, hasil kajian mendapati bahawa modul ini

berupaya mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional, tingkah laku

agresif kepada tidak agresif dan penghargaan kendiri rendah kepada penghargaan

kendiri yang tinggi. Daripada dapatan ini, jelas modul ini boleh digunakan kepada

kanak-kanak khususnya murid sekolah rendah.