Tahap pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Sembilan

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan, pelaksanaan dan

kepentingan pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri

Sembilan. Reka bentuk kajian ini berdasarkan pendekatan pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Muhamad Pilus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10525
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan, pelaksanaan dan

kepentingan pendidikan multibudaya dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri

Sembilan. Reka bentuk kajian ini berdasarkan pendekatan penyelidikan kuantitatif

dengan menggunakan kaedah survei. Kajian survei ini menggunakan soal selidik yang

telah diadaptasi iaitu Borang Soal Selidik Kajian Pendidikan Multibudaya sebagai

instrumen utama bagi mengumpul data berkaitan kajian ini. Kaedah persampelan rawak

berstrata telah digunakan di mana 927 orang guru sekolah kebangsaan daripada 103

buah sekolah di seluruh daerah di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden.

Indek kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik bagi mengukur semua aspek

dalam kajian ini adalah antara 0.742 hingga 0.934. Pengumpulan data kajian ini

dilakukan dengan menggunakan aplikasi google form. Data kajian ini dianalisis

menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik

deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min dan

sisihan piawai digunakan bagi menghuraikan profil responden dan menjawab persoalan

kajian. Statistik inferensi, iaitu MANOVA Satu-Hala dan Regresi Berganda digunakan

untuk menguji hipotesis kajian. Kajian ini mendapati tahap pengetahuan guru berkaitan

Pendidikan Multibudaya secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana

(min=4.226; s.p.=0.490), tahap pelaksanaan guru berkaitan Pendidikan Multibudaya

juga pada tahap sederhana (min=4.148; s.p.=0.520) dan tahap kepentingan guru

berkaitan Pendidikan Multibudaya secara keseluruhannya adalah pada tahap yang

sederhana juga (min=4.355; s.p.=0.567). Manakala tahap kepentingan berkaitan

pengurangan prejudis (min=4.428; s.p.=0.663); dan pemerkasaan budaya sekolah dan

struktur sosial (min=4.552; s.p.=0.610) daripada perspektif guru adalah pada tahap

yang tinggi. Faktor utama dan tertinggi yang mempengaruhi pelaksanaan pendidikan

multibudaya di sekolah ialah pengetahuan guru tentang pendidikan multibudaya

(80.1%), diikuti dengan faktor pengalaman mengajar (0.3%) dan persepsi guru terhadap

kepentingan pendidikan multibudaya (0.2%).