Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Seni Visual melalui Kit BAHtra

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penggunaan ABBM dalam

kalangan Guru PSV Tingkatan 1 bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Seni

Visual (BSV), mereka bentuk sebuah kit pembelajaran yang sesuai bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rozaiman Mohd Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10532
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penggunaan ABBM dalam

kalangan Guru PSV Tingkatan 1 bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Seni

Visual (BSV), mereka bentuk sebuah kit pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran

dan pembelajaran BSV serta menentusahkan kebolehgunaan Kit BAHtra bagi

pengajaran dan pembelajaran BSV. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan

menggunakan reka bentuk kajian kes yang merangkumi analisis kandungan dan temu

bual. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk model ADDIE dalam proses pembinaan

kit pembelajaran yang melibatkan lima fasa utama iaitu Analisis, Reka Bentuk,

Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Seramai tujuh orang responden dalam

kalangan Guru PSV Tingkatan 1 telah terlibat dalam Fasa Analisis, manakala tiga

orang pakar bagi Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pembangunan. Bagi Fasa Pelaksanaan

pula, seramai sepuluh orang responden dalam kalangan Guru PSV Tingkatan 1 dari

daerah Kota Bharu dan Gua Musang telah ditemu bual bagi menentusahkan

kebolehgunaan Kit BAHtra ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden masih

lagi menggunakan ABBM yang menjurus kepada buku teks, modul dan bahan maujud

dalam pengajaran BSV dan analisis menunjukkan bahawa terdapat keperluan

pembangunan sebuah kit pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran BSV ini.

Oleh itu, satu kit pembelajaran telah dibina berdasarkan analisis keperluan dan

pendapat pakar. Hasil kajian menunjukkan Kit BAHtra yang berasaskan inovasi

permainan tradisional ini mendapat respon yang sangat positif daripada responden.

Responden bersetuju bahawa kit ini boleh digunakan untuk mewujudkan PdP yang

menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran BSV di samping

mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Kesimpulannya, pembangunan Kit

BAHtra ini adalah relevan diguna pakai bagi pengajaran dan pembelajaran BSV dan

merupakan nilai tambah serta inovasi dalam penghasilan ABBM bagi subjek PSV.

Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru PSV untuk menjalankan

sesi Pengajaran Abad ke-21 seperti yang disarankan oleh KPM dalam PPPM (2013-

2025) serta membugarkan kembali permainan tradisional kepada generasi masa kini.