Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek melalui kaedah penilaian Pendidikan Berasaskan Hasil bagi topik \'Ekosistem Terancam\'

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan Pembelajaran Berasaskan

Projek (PBP) dengan pembelajaran tradisional (PT) melalui penilaian mengikut kaedah

Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH). PBP digunakan dalam mata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nitce Isa Medina Machmudi Isa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10550
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan Pembelajaran Berasaskan

Projek (PBP) dengan pembelajaran tradisional (PT) melalui penilaian mengikut kaedah

Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH). PBP digunakan dalam mata pelajaran Biologi bagi topik Ekosistem

Terancam. Kesan PBP bagi pencapaian akademik (domain kognitif), kemahiran sosial (domain afektif)

dan kemahiran manipulatif (domain psikomotor) serta perkaitannya dengan gaya pembelajaran turut

dikaji. Subjek kajian yang disampel secara bertujuan melibatkan 60 orang murid perempuan daripada

dua buah kelas Tingkatan 4 aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah

bestari di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Tiga jenis instrumen

kajian telah digunakan; ujian pencapaian, rubrik dan soal selidik. Hasil kajian mendapati PBP

memberikan kesan tidak signifikan terhadap pencapaian akademik dan kemahiran manipulatif subjek,

tetapi signifikan untuk kemahiran sosial [U(n =30, n=30)=241.50, p>.05]. Nilai min pangkatan

subjek kumpulan PBP (37.45) mengatasi nilai min pangkatan kumpulan PT (23.55) menunjukkan bahawa

kumpulan subjek PBP dalam populasi kajian mempunyai tahap kemahiran sosial yang lebih tinggi

berbanding subjek kumpulan kaedah PT. Penilaian secara kaedah PBH dalam kalangan subjek PBP

menunjukkan pencapaian yang setara penguasaan topik Ekosistem Terancam berbanding PT

menunjukkan pada nilai t (58) = 1.39, p>.05. Walau bagaimanapun didapati penilaian mengikut

kaedah PBH meningkatkan pencapaian subjek PBP berbanding penilaian secara tradisional subjek

yang sama dengan nilai t (29) = 7.85, p<.05. Justeru, pendekatan PBP dengan penilaian mengikut

kaedah PBH sesuai diaplikasikan untuk meningkatkan kemahiran sosial murid dan strategi pengajaran

dan pembelajaran. Implikasi kajian menunjukkan sekiranya PBP mengikut penilaian PBH dijalankan ia

juga selari dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang diimplementasikan di Malaysia.

Malahan dalam jangka masa panjang usaha ini akan dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.