Kesan poligami terhadap kebajikan anak-anak daerah hilir Perak

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab bapa

berpoligami dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka di Daerah Hilir Perak. Empat

aspek kebajikan yang dikaji iaitu; pendidikan formal,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Aznan Nordin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10556
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab bapa

berpoligami dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka di Daerah Hilir Perak. Empat

aspek kebajikan yang dikaji iaitu; pendidikan formal, Pendidikan agama, nafkah dan

kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak. Kajian ini melibatkan anak-anak dalam

keluarga berpoligami di sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan semasa iaitu kuantitatif dan kualitatif dan sampelnya terdiri daripada 80

murid di Daerah Hilir Perak. Temubual dijalankan ke atas suami yang berpoligami, isteri

dan juga Timbalan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak. Data soal selidik telah

dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Analisis

Ujian t (t-test) juga digunakan untuk melihat perbezaan pelaksanaan setiap

tanggungjawab bapa berkenaan dengan kebajikan anak-anak. Dapatan kajian deskriptif

menunjukkan keseluruhan peratusan dan skor min pada tahap sederhana, iaitu; aspek

pendidikan formal 65.68% (min=3.27), pendidikan agama 68.54% (min=3.41),

tanggungjawab memberi nafkah menunjukkan 71.28% (min 3.57), kasih sayang dan

perhatian 59.32% (min=2.94) dan). Manakala Ujian t (t-test) pula menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pendidikan formal, agama, tanggungjawab

nafkah dan tanggungjawab kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak dalam

keluarga yang berpoligami. Hasil temubual responden kalangan isteri yang dipoligami

bersetuju bahawa suami telah melaksanakan tanggungjawab memberikan pendidikan

formal, didikan agama, nafkah dan kasih sayang terhadap anak-anak. Kalangan suami

yang berpoligami juga menyatakan bahawa segala keperluan anak-anak dari aspek

pendidikan formal, agama, nafkah dan kasih sayang telah disempurnakan mengikut

keperluan dan kemampuan. Dapatan temubual bersama Timbalan Pegawai Tadbir Agama

pula menyatakan bahawa sebilangan kecil sahaja kalangan bapa yang berpoligami di

Daerah Hilir Perak melaksanakan tanggungjawab kebajikan terhadap anak-anak.

Implikasi dapatan kajian ini terhadap Pejabat Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah,

Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, masyarakat dan institusi

kekeluargaan turut dibincangkan.