Pembangunan dan pengujian perisian \'edutaiment\' interaktif : kemahiran proses sains asas awal kanak-kanak

Teknologi multimedia merupakan satu paradigma baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara teknologi multimedia yang amat popular ialah pembangunan perisian kursus.Guru bertindak

sebagai fasilitator manakala pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fadhlina Mohd Razali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10558
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Teknologi multimedia merupakan satu paradigma baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara teknologi multimedia yang amat popular ialah pembangunan perisian kursus.Guru bertindak

sebagai fasilitator manakala pelajar membina maklumat berasaskan pengetahuan sedia ada mereka.

Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik kerana adanya gabungan elemen-elemen multimedia seperti

teks, grafik, audio dan animasi serta elemen interaktif yang membolehkan pelajar berkomunikasi

secara dua hala dengan perisian. Pengajaran dan pembelajaran yang baik di peringkat pra-sekolah

pula akan menjadi asas kepada kejayaan di sekolah. Antara kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang diminati oleh kanak-kanak ialah penceritaan. Cerita merupakan satu blok

pengetahuan serta asas memori dan pembelajaran. Cerita mengandungi nilai-nilai kebijaksanaan,

kepercayaan dan moral. Sebagai peralatan pembelajaran, penceritaan dapat menggalakkan kanak-kanak

untuk mengembangkan intektual serta meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi secara lebih jelas

dan teratur. Ini dapat menyokong kehidupan seharian seseorang itu. Penceritaan juga menggalakkan

kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka. Imaginasi dapat membantu kanak-kanak untuk

melahirkan idea baru dan bernas. Penceritaan juga merupakan cara terbaik untuk membimbing

kanak-kanak dalam membentuk nilai-nilai peribadi yang mulia. Melihat kepada kepentingan kedua-dua

elemen ini maka sebuah perisian kursus penceritaan dibangunkan demi untuk memantapkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana perisian kursus penceritaan mampu menarik minat kanak-kanak

untuk belajar. Kajian ini menggunakan konsep edutainment interaktif. Tajuk kajian yang dipilih

ialah Pembangunan dan Pengujianan Perisian 'Edutainment' Interaktif : Kemahiran Sains Asas Awal

Kanak-kanak. Unsur sains turut dimasukkan memandangkan ia merupakan salah satu cabang ilmu yang

sangat penting pada masa kini. Pengguna sasaran kajian ini ialah kanak-kanak berusia 4 hingga 6

tahun. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pembangun perisian, guru dan ibubapa. Rekabentuk

kajian yang dilaksanakan ialah rekabentuk kajian tinjauan. Ia menggunakan teori pembelajaran yang

disarankan oleh Jean Piaget iaitu teori konstruktivisme kognitif. Rekabentuk instruksional yang

digunakan pula adalah merujuk kepada model ADDIE. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

kanak-kanak dapat belajar sambil berhibur melalui modul-modul yang terdapat di dalam perisian

dengan nilai min sebanyak 3.26. Modul-modul tersebut ialah modul mendengar cerita, modul belajar

membaca, modul mengenal objek dan modul menguji minda. Kanak-kanak dapat memahami dan mengingati

setiap topik dengan lebih baik dan berkesan. Perisian ini juga telah dapat memperkenalkan kemahiran

proses sains asas lebih awal kepada kanak-kanak melalui cerita yang dipersembahkan dalam perisian

ini. Nilai min sebanyak 3.81 bagi paparan grafik dan animasi serta kesan bunyi dan narasi juga

menunjukkan bahawa perisian ini turut membantu kanak-kanak untuk belajar dengan cara

yang berbeza .