Pelaksanaan program dakwah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Johor Darul Tazim

Transisi Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK) telah memberikan kesan terhadap pelaksanaan dakwah di Sekolah. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti konsep dakwah di institusi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arbaenah Masud
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10568
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Transisi Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK) telah memberikan kesan terhadap pelaksanaan dakwah di Sekolah. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti konsep dakwah di institusi pendidikan, mengenal

pasti pelaksanaan program dakwak, bahan-bahan dakwah dan menganalisis

penerimaan program dakwah dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan (SABK) Negeri Johor. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan

kualitatif dan kuantitatif. Bagi pengumpulan data kualitatif, enam orang responden

telah dipilih dalam kalangan pentadbir SABK di daerah secara kaedah persampelan

bertujuan (purposive sampling). Data yang telah dikumpul dianalisis secara tematik

dan deskriptif. Manakala pengumpulan data kuantitatif, seramai 400 orang responden

dalam kalangan pelajar tingkatan empat di SABK negeri Johor telah dipilih dengan

kaedah persampelan rawak mudah.Data yang dikumpul, telah dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 23 (SPSS Ver

23). Hasil kajian mendapati konsep dakwah melalui institusi pendidikan merupakan

usahamembawa dan membina manusia kepada Islam dengan mendidik mentaati

perintah Allah. Ia bertepatan dengan matlamat penubuhan SABK. Kajian ini juga

mendapati pelaksanaan program dakwah di SABK berasaskan aspek akidah, ibadah

dan akhlak.Ia dilaksanakan mengikut amalan semasa bersetatus SAR sebelum ini, dan

menggabung jalinkan program dakwah yang telah diarahkan oleh Bahagian

Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Dapatan kajian ini

menunjukkan bahan-bahan dakwah yang digunakan di SABK adalah bahan bercetak

dan bahan dari media baharu. Ini bersesuaian dengan perkembangan bahan dakwah

moden masa kini. Kajian ini juga mendapati nilai purata min bagi penerimaan

responden terhadap program dakwah daripada aspek akidah di tahap tinggi

(min=4.68), ibadah (min=4.56), dan akhlak (min= 4.64). Implikasi kajian

menunjukkan, pelaksanaan program dakwah di SABK, keperluan memahami falsafah

dakwah di sekolah yang lebih jelas. Ia memerlukan Latihan, pengurusa dan bahan

yang lebih sistematik dalam pembangunan pendidikan yang holistic di SABK.