Hubungan antara penggunaan pusat akses sekolah dengan kekerapan menggunakannya di kalangan murid Sekolah Rendah

<p>Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pusat akses di sekolah rendah dan hubungan dengan kekerapan menggunakannya untuk tujuan aktiviti pembelajaran. Reka bentuk kajian berbentuk penyelidikan tinjauan, manakala dapatan data di kumpul menggunakan instrumen soal selidik dan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmud Pa\'aid Yusoff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10572
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pusat akses di sekolah rendah dan hubungan dengan kekerapan menggunakannya untuk tujuan aktiviti pembelajaran. Reka bentuk kajian berbentuk penyelidikan tinjauan, manakala dapatan data di kumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 248 responden dipilih sebagai sampel kajian daripada 693 populasi murid tahun 5 di empat buah sekolah rendah kebangsaan di daerah Rawang, Selangor. Analisis nilai frekuensi dan peratusan digunakan bagi mendapatkan maklumat demografi responden manakala persoalan kajian dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, peratusan, kekerapan dan korelasi Pearson Product Moment. Dapatan kajian menunjukkan, peratusan tertinggi penggunaan untuk pembelajaran akses kendiri hanyalah pada penggunaan sekali dalam seminggu, iaitu 31.9% atau 79 responden. Diikuti tiada penggunaan langsung dalam seminggu iaitu 31.5% atau 78 responden dan peratusan paling rendah adalah pada penggunaan 5 kali dalam seminggu iaitu 2.4% atau 6 responden. Hubungan item-item dalam persoalan kajian dengan kekerapan menggunakan Pusat Akses Sekolah menunjukkan tidak terdapat hubungan antara pengetahuan ICT murid (r=-.01,p=.855), kemahiran ICT murid (r=-.02,p=.770), sikap murid terhadap Pusat Akses Sekolah (r=.214,p=.001) pengaruh guru terhadap murid (r=.209,p=.001) dan pengaruh akses bahan pembelajaran secara kendiri terhadap murid untuk tujuan aktiviti pembelajaran (r=.236,p=.000) dengan kekerapan murid menggunakan pusat akses sekolah dalam seminggu.</p>