Kesan kaedah multimedia terhadap pembelajaran subjek Geografi dalam kalangan pelajar menengah rendah di Kinta Utara

Kajian ini bertujuan meneliti kesan kaedah multimedia terhadap pembelajaran

subjek geografi dalam kalangan pelajar menengah rendah di Kinta Utara.

Fokus penelitian tertumpu kepada tiga pemboleh ubah kajian iaitu lit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yugesvaran Marimuthu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10575
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan meneliti kesan kaedah multimedia terhadap pembelajaran

subjek geografi dalam kalangan pelajar menengah rendah di Kinta Utara.

Fokus penelitian tertumpu kepada tiga pemboleh ubah kajian iaitu literasi

pelajar terhadap bahan multimedia, kesan penggunaan kaedah multimedia

dalam subjek Geografi dan respon pelajar terhadap penggunaan kaedah

multimedia dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data primer.

Pemilihan responden menggunakan teknik pensampelan rawak mudah yang

melibatkan 370 orang pelajar tingkatan satu daripada 42 sekolah di daerah

Kinta Utara. Proses pengumpulan data dilaksanakan secara atas talian iaitu

melalui Googleform dan dihantar ke Google Drive. Analisis deskriptif dalam

bentuk peratusan, min, mod dan statistik infrensi t-test bebas digunakan dalam

kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden mempunyai literasi

berkaitan kaedah multimedia dengan menyatakan komponen multimedia

dengan tepat. Seterusnya 94.7% responden menyatakan bahawa kefahaman

terhadap kandungan subjek Geografi meningkat hasil penggunaan bahan

multimedia. Sebanyak 94.8% responden menyatakan bahawa penggunaan

multimedia memberi gambaran realistik tentang konsep-konsep Geografi.

Seterusnya, ujian-t bebas menunjukkan terdapat perbezaan signifikan kesan

multimedia terhadap penglibatan pelajar berdasarkan lokasi dengan nilai

signifikan levene bersamaan 0.001 lebih kecil daripada 0.05. Manakala kesan

penggunaan multimedia terhadap penglibatan dan kefahaman pelajar tidak

menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina dan lokasi

sekolah kerana nilai signifikan levene bersamaan 0.92 lebih besar daripada

0.05. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah

multimedia dalam pembelajaran subjek Geografi memberi impak positif

daripada aspek menarik minat pelajar, meningkatkan kemahiran ICT, minat

murid terhadap proses PdP dan juga penglibatan secara langsung dalam proses

PdP. Implikasi kajian ini secara langsung dapat dijadikan sebagai panduan

kepada para guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran

Geografi berasaskan multimedia yang menarik dan menyeronokkan. Pada

masa yang sama, kajian ini dapat memberi gambaran tentang bentuk-bentuk

perkakasan dan perisian multimedia yang diperlukan bagi melaksanakan

kaedah multimedia secara menyeluruh dalam PdP.