Pengetahuan dan kesediaan guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi bagi mata pelajaran Matematik di daerah Pasir Gudang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kesediaan guru terhadap

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Matematik. Reka bentuk

tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bairavi Govindaraju
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10577
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kesediaan guru terhadap

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Matematik. Reka bentuk

tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian pula dijalankan

secara rawak melibatkan guru mata pelajaran Matematik dari 12 buah sekolah di daerah

Pasir Gudang. Dalam kajian ini, soal selidik mengandungi 3 bahagian, iaitu profil

demografi responden, pengetahuan dan kesediaan responden tentang KBAT. Data telah

dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai

bagi menjelaskan ketiga- tiga bahagian dalam soal selidik. Analisis deskriptif

menjelaskan mengenai pengetahuan dan kesediaan guru Matematik terhadap KBAT,

manakala statistik inferens pula melibatkan ujian-t, ujian ANOVA dan ujian korelasi

yang menerangkan perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian

menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai pengetahuan (M=2.44, SP=0.501)

dan kesediaan (M=2.36, SP=0.483) yang sederhana terhadap KBAT. Dapatan kajian

juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan KBAT dengan

jantina (t=2.162, p<0.05) manakala ia tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan

dengan pengalaman mengajar (F=1.725, p>0.05) guru-guru Matematik. Bagi

pengetahuan KBAT, didapati jantina (t=1.486, p>0.05) dan pengalaman mengajar

(F=2.176, p>0.05) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil kajian

menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan KBAT dengan

pengalaman mengajar (r=0.242, p=0.065) dan kesediaan KBAT dengan pengalaman

mengajar (r=0.171, p=0.194). Kesimpulannya, pengetahuan dan kesediaan KBAT guru

mata pelajaran Matematik adalah sederhana. Implikasi daripada kajian ini adalah dapat

dijadikan sebagai garis panduan bagi guru supaya dapat merangka sesi latihan yang

berkesan agar pengetahuan dan kesediaan guru terhadap KBAT dapat ditingkatkan serta

dapat membantu guru mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam sesi pengajaran dan

pemudah cara di bilik darjah.