Kesediaan guru dalam melaksanakan pendidikan abad ke 21 di sekolah daerah Barat Daya Pulau Pinang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dalam kesediaan guru

untuk melaksanakan pendidikan abad ke-21 (PAK21). Tahap kesediaan guru

melaksanakan pendidikan abad ke-21 dilihat berdasarkan aspek...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10578 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dalam kesediaan guru

untuk melaksanakan pendidikan abad ke-21 (PAK21). Tahap kesediaan guru

melaksanakan pendidikan abad ke-21 dilihat berdasarkan aspek pengetahuan guru

tentang pembelajaran pendidikan abad ke-21, kemahiran menggunakan sistem

pengurusan pembelajaran Google Classroom dan sokongan pentadbir. Instrumen soal

selidik dipilih sebagai medium untuk menjalankan kajian kuantitatif ini. Dalam kajian

ini seramai 330 orang guru sekolah rendah dari daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah

dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Berdasarkan keputusan kajian, didapati

bahawa majoriti guru berpendapat bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang

tinggi tentang PAK21(M=3.71, sp=0.464), kemahiran guru menggunakan sistem

pengurusan pembelajaran Google Classroom adalah tahap sederhana (M=2.88,

sp=0.704). Bagi tahap sokongan pentadbir, guru bersetuju mereka mempunyai

sokongan dari pentadbir (M=3.86, sp=0.562). Selain itu, guru juga berpendapat

mereka bersedia melaksanakan pendidikan abad ke-21 (M=3.88, sp=0.497). Analisis

korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan

guru dengan kesediaan guru melaksanakan PAK 21 (r=0.660), kemahiran guru

menggunakan sistem pengurusan pembelajaran Google Classroom dengan kesediaan

guru melaksanakan PAK21 (r=0.199) dan sokongan pentadbir dengan kesediaan guru

melaksanakan PAK21 dengan nilai korelasi (r=0.389). Kesimpulannya, dalam

meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakan PAK21 faktor pengetahuan

tentang PAK21 adalah aspek yang paling penting. Implikasi kajian mendapati, pihak

Kementerian Pendidikan dan pentadbir sekolah perlu memperbanyakkan dan

mempelbagaikan latihan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan guru dalam PAK21.