Pembinaan Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra dan GeoGebra AR bagi topik Fungsi dan Fungsi Kuadratik

Kajian ini bertujuan untuk membina, menguji kesahan, kebolehpercayaan dan

kebolehgunaan Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra dan GeoGebra AR.

Modul Latihan STEM melibatkan topik Fungsi dan Fungsi Kuadratik ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Anis Ab. Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10582
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina, menguji kesahan, kebolehpercayaan dan

kebolehgunaan Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra dan GeoGebra AR.

Modul Latihan STEM melibatkan topik Fungsi dan Fungsi Kuadratik bagi pelajar

Tingkatan Empat. Proses pembinaan modul adalah berdasarkan Model Pembinaan

Modul Sidek (2005), Kerangka kualiti pendidikan STEM (2011), Model Penyelesaian

Polya (1945) dan pengunaan perisian GeoGebra dan GeoGebra AR. Proses pembinaan

modul menggunakan Model Pembinaan Modul Sidek terbahagi kepada dua peringkat

iaitu peringkat membina draf dan peringkat pengujian modul. Pendekatan kuantitatif

yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan yang dijalankan secara maya di

sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor mematuhi Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat akibat pandemik COVID-19. Bagi memperoleh kesahan dan

kebolehpercayaan Modul Latihan STEM, kajian ini melibatkan lima orang pakar dan

33 pelajar. Manakala, kebolehgunaan Modul Latihan STEM melibatkan 66 pelajar.

Pemilihan subjek kajian menggunakan pensampelan rawak berlapis. Kesemua lima

panel pakar bersetuju bahawa Modul Latihan STEM mempunyai kesahan yang tinggi

(88.7%) menggunakan peratus persetujuan pakar. Nilai alfa Cronbach (0.773)

menunjukkan nilai kebolehpercayaan Modul Latihan STEM adalah baik. Hasil analisis

kebolehgunaan modul pula menggunakan kaedah penentuan skor min bagi kesemua 20

item adalah 3.35 dan ditafsirkan sebagai min skor yang cemerlang. Modul ini dapat

memberikan implikasi positif terhadap pembelajaran STEM khususnya bagi topik

Fungsi dan Fungsi Kuadratik. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu

Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra AR bagi topik Fungsi dan Fungsi

Kuadratik yang menepati standard piawaian silibus KSSM yang telah ditetapkan untuk

kegunaan pelajar. Implikasi kajian ini adalah, (i) Modul Latihan STEM yang berfungsi

sebagai bahan bantu mengajar dan (ii) pengayaan untuk mempelajari Matematik

Tambahan.