Amalan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi dalam pengajaran Guru Pendidikan Islam

Tahap penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam PdP bagi Guru Pendidikan Islam

(GPI) masih pada tahap yang sederhana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan

penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam pengajaran G...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syazimaa Sazali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10585
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tahap penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam PdP bagi Guru Pendidikan Islam

(GPI) masih pada tahap yang sederhana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan

penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam pengajaran GPI, BBM teknologi yang

kerap digunakan oleh GPI serta kesediaan GPI terhadap penggunaan BBM teknologi

dalam pengajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan amalan penggunaan BBM

teknologi dalam kalangan GPI berdasarkan jantina serta perbezaan BBM teknologi

yang kerap digunakan oleh GPI berdasarkan lokasi sekolah. Seterusnya, kajian ini

melihat hubungan antara amalan penggunaan dan kesediaan GPI terhadap BBM

berasaskan teknologi dalam pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan

telah dipilih dalam kajian ini serta dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages for Science Social (SPSS) Version 27.0. Analisis deskriptif amalan

penggunaan BBM berasaskan teknologi memperoleh skor min sebanyak 48.8,

sp=7.621. Seterusnya, BBM teknologi yang kerap digunakan oleh GPI adalah

Microsoft Office Word. Manakala, kesediaan GPI terhadap penggunaan BBM teknologi

memperoleh keseluruhan skor min sebanyak 78.2, sp=11.273. Menerusi analisis

inferensi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan penggunaan BBM teknologi

dalam pengajaran GPI berdasarkan jantina. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap BBM teknologi yang kerap digunakan oleh GPI berdasarkan lokasi

sekolah. Akhir sekali, terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan penggunaan

dengan kesedian GPI terhadap penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam

pengajaran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan GPI memang menggunakan BBM

teknologi yang mudah diakses dalam pengajaran. Implikasi kajian ini memberi impak

besar kepada pendidik untuk menerapkan amalan penggunaan BBM teknologi di dalam

pengajaran seterusnya menjayakan pembelajaran Pendidikan Islam.