Penggunaan perisian multimedia oleh guru sebagai alat bantu mengajar kemahiran membaca bagi kelas pemulihan Sekolah Rendah

<p>Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuasi eksperimental bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan perisian multimedia dibandingkan dengan pengajaran tradisional yang menggunakan kad gambar, kad perkataan atau sebagainy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hani Meryleina Ahmad Mustafa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10589
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuasi eksperimental bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan perisian multimedia dibandingkan dengan pengajaran tradisional yang menggunakan kad gambar, kad perkataan atau sebagainya. Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dinilai terhadap 60 orang murid sekolah rendah di Pahang. Penilaian ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan (kawalan dan rawatan). Penilaian dijalankan berdasarkan ujian pos yang telah dilakukan dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Perisian multimedia dibangunkan mengikut isi kandungan buku Begini caranya Sayang, Buku 7 terbitan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan perubahan min kumpulan rawatan meningkat 2.19 daripada min kumpulan kawalan. Oleh itu penggunaan perisian multimedia ini mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid kelas pemulihan.. Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan penggunaan perisian multimedia diperkenalkan sebagai alat bantu mengajar bagi digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan.</p>