Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah: satu kajian kes (IR)

Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah. Kajian ini akan meneliti adakah pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh Kemen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Aida Musnie Nik Mahmood
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1080
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah. Kajian ini akan meneliti adakah pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Hal ini dikatakan demikian kerana sebahagian besar pelajar yang meneruskan pembelajaran pada peringkat sekolah menengah didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran muzik yang sepatutnya dikuasai oleh mereka ketika berada pada peringkat sekolah rendah. Kajian ini menggunakan empat instrumen untuk mendapatkan data. Instrumen yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan rakaman audio video. Prosedur analisis data terbahagi kepada enam fasa, iaitu a) menyusun atur data; b) menjana kategori, tema, dan pola; c) mengekodkan data; d) menguji kefahaman yang timbul; e) mencari penerangan alternatif, dan j) menulis laporan. Kajian ini diharapkan dapat membantu muridmurid, guru-guru, dan pihak sekolah dalam melaksanakan pengajaran muzik dengan lebih berkesan.