Penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas (IR)

Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak telah banyak dinyatakan oleh kajian-kajian Iepas. Dalam konteks kajian ini, skop penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan Model Penglibatan Epstein yang mengandungi enam aspek penglibatan. Aspek-aspek penglibatan tersebut ialah keibubapaan, komun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abidah Abd. Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1104
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak telah banyak dinyatakan oleh kajian-kajian Iepas. Dalam konteks kajian ini, skop penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan Model Penglibatan Epstein yang mengandungi enam aspek penglibatan. Aspek-aspek penglibatan tersebut ialah keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan secara sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan bekerjasama dengan masyarakat. Manakala, faktor sosio ekonomi yang dikaji ialah taraf ekonomi keluarga, taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan anak. Kajian ini melibatkan 50 orang responden ibu bapa murid berkeperluan khas yang bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di tiga buah sekolah di daerah Kuala Selangor. Dapatan kajian diinterpretasikan dengan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat tahap penglibatan mengikut aspek yang dikaji. Manakala, bagi melihat perhubungan antara faktor sosio ekonomi dengan tahap penglibatan pula, nilai korelasi diperoleh melalui analisis Korelasi Pearson dan Korelasi Spearman. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penglibatan ibu bapa dalam RPI murid berkeperluan khas secara keseluruhannya adalah tinggi (min=3.612; s/p=0.448). Keutamaan penglibatan ibu bapa mengikut aspek penglibatan menunjukkan bahawa aspek keibubapaan paling diutamakan (l11in=3.828; s/p=0.415), diikuti dengan aspek komunikasi (min=3.755; s/p=O.519), aspek memberi bantuan secara sukarela (min=3.609; s/p=0.572) dan juga aspek pembelajaran di rumah (min=3.609; s/p=O.602) dan aspek bekerjasama dengan masyarakat (min=3.519; s/p=O.510). Seterusnya, aspek penglibatan yang paling rendah ialah aspek membuat keputusan iaitu hanya pada tahap sederhana sahaja (l11in=3.352; s/p=0.535). Kajian ini juga mendapati bahawa faktor sosio ekonomi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan ibu bapa iaitu dengan nilai r=0.012 dan p=0.136. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa walaupun tahap penglibatan ibu bapa secara keseluruhannya adalah tinggi namun terdapat beberapa jenis amalan yang kurang diamalkan oleh ibu bapa dalam pelaksanaan RPI anak mereka. Kajian ini menunjukkan implikasi bahawa dengan wujudnya tahap penglibatan ibu bapa yang tinggi dalam RPI murid berkeperluan khas, seharusnya para guru tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam pendidikan murid-murid ini.