Kesan Modul Kecerdasan Emosi untuk meningkatkan kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai TLDM

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Modul Kecerdasan Emosi untuk meningkatkan

kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan

pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Subje...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Vijayasree Raghavan Pillai
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11096
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Modul Kecerdasan Emosi untuk meningkatkan

kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan

pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Subjek kajian terdiri daripada pegawai

muda tentera laut yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut, Malaysia. Modul

Kecerdasan Emosi yang digunakan dalam kajian ini telah diubah suai daripada satu siri

aktiviti kecerdasan emosi yang dihasilkan oleh Lynn (2002). Tujuan kajian adalah untuk

mengetahui kesan intervensi Modul Kecerdasan Emosi ke atas kumpulan rawatan

berbanding kumpulan kawalan. Reka bentuk kajian eksperimen tulen praujianpascaujian

dengan kumpulan kawalan digunakan di mana pemilihan subjek kajian

dijalankan secara persampelan rawak melibatkan 67 orang pegawai TLDM daripada 17

unit kapal di Pangkalan TLDM Lumut. Subjek kajian diagihkan kepada dua kumpulan

iaitu kumpulan kawalan yang terdiri daripada 35 orang pegawai manakala kumpulan

rawatan mengandungi 32 orang pegawai. Data dianalisis dengan menggunakan analisis

deskriptif dan inferensi. Kesan rawatan dilihat dengan mengukur skor min kecerdasan

emosi berdasarkan instrumen Schutte Self-Report Inventory (SSRI), skor min kepuasan

kerja berdasarkan instrumen Job Satisfaction Survey (JSS) dan skor min komitmen

terhadap organisasi dengan menggunakan instrumen Organizational Commitment

Questionnaire (OCQ). Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan ujian analisis

sehala Multivariate Analysis of Variance (one-way MANOVA). Modul Kecerdasan

Emosi didapati memberikan kesan signifikan terhadap tahap kecerdasan emosi, kepuasan

kerja dan komitmen terhadap organisasi kumpulan rawatan pada aras signifikan .05 (p

<.05). Hasil ujian Multivariate Pillais Trace dengan nilai [F (3,60) = 48.128, p <.05]

menunjukkan bahawa Modul Kecerdasan Emosi merupakan faktor yang menyumbang

kepada peningkatan kecerdasan emosi, kepuasan kerja, dan komitmen terhadap

organisasi. Keputusan ujian Tests of Between-Subjects Effects menunjukkan kesan

signifikan modul kepada kecerdasan emosi [F (1, 62) = 87.382, p <.05], kepuasan kerja

[F (1,62) = 13.456, p <.05] dan komitmen terhadap organisasi [F (1,62) = 78.938, p <.05].

Nilai R2 mendapati bahawa Modul Kecerdasan Emosi telah menyumbang peningkatan

sebanyak 58.5% (kecerdasan emosi), 17.8% (kepuasan kerja) dan 56% (komitmen

terhadap organisasi) dalam kumpulan rawatan. Analisis ujian Estimated Marginal Means

menunjukkan min terubah suai yang lebih tinggi dalam kumpulan rawatan bagi

kecerdasan emosi (126.313), kepuasan kerja (145.250) dan komitmen terhadap

organisasi (68.938). Ujian Post Hoc Bonferroni Adjusted Pairwise Comparison

mengesahkan bahawa perbezaan tersebut adalah signifikan kerana p <.05. Maklum balas

daripada subjek kajian menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan dapat

membantu meningkatkan kesedaran tentang kecerdasan emosi dan menyarankan modul

tersebut digunakan sebagai salah satu intervensi kaunseling bagi membantu

meningkatkan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan warga TLDM.