Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk bidang kemahiran permainan Pendidikan Jasmani

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru

dalam pelaksanaan Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk bidang

kemahiran permainan Pendidikan Jasmani di daerah Hulu Selangor d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Aiesah Udin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11136
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru

dalam pelaksanaan Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk bidang

kemahiran permainan Pendidikan Jasmani di daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini

melibatkan seramai 103 guru Pendidikan Jasmani. Instrumen kajian terdiri daripada

satu set soal selidik yang telah diadaptasi dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.

Soal selidik ini telah disahkan oleh empat orang pakar menggunakan kesahan muka dan

kebolehpercayaan soal selidik menggunakan indeks Cronbach Alpha dengan nilai

pekali iaitu 0.93. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi

seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t bebas, ANOVA dan kolerasi

Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=2.76, SP=0.43), tahap

kemahiran (M=2.75, SP=0.44) dan tahap sikap (M=2.82, SP=0.39) berada pada tahap

sederhana. Keputusan ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Jasmani

dalam pelaksanaan TGfU dengan pengalaman guru mengajar dengan nilai [p = 0.97, p

= 0.77, p = 0.43], p > 0.05. Namun, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan

TGfU dengan opsyen guru dengan nilai [p = 0.00, p < 0.05]. Dapatan kajian turut

menunjukkan bahawa terdapat hubungan kolerasi yang lemah antara tahap pengetahuan

guru dengan pelaksanaan TGfU (r = 0.41 < 0.05). Selain itu, terdapat hubungan antara

tahap kemahiran guru dengan pelaksanaan TGfU (r = 0.42 < 0.05) dan terdapat

hubungan antara tahap sikap guru dengan pelaksanaan TGfU (r = 0.42 < 0.05).

Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini mendapati bahawa guru memainkan peranan

penting dalam melaksanakan TGfU ini dengan mengambil kira faktor pengetahuan,

kemahiran dan sikap seseorang guru. Implikasi kajian menunjukkan guru-guru perlu

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi bagi

memastikan pelaksanaan TGfU dapat berjalan dengan lancar.