Pengaruh amalan kepimpinan distributif pengetua terhadap komitmen organisasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kuala Selangor

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh amalan kepimpinan distributif

pengetua terhadap komitmen organisasi guru dan hubungan antara amalan

kepimpinan distributif pengetua dengan komitmen organisasi guru. K...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11138 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh amalan kepimpinan distributif

pengetua terhadap komitmen organisasi guru dan hubungan antara amalan

kepimpinan distributif pengetua dengan komitmen organisasi guru. Kajian ini

direkabentuk sebagai satu kajian kuantatif secara tinjauan menggunakan soal selidik

untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini melibatkan 297 orang guru dari 15 buah

sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Selangor dengan populasi guru

seramai 1278 orang. Kaedah persampelan rawak sistematik telah digunakan untuk

memilih sampel kajian. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk

menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan

kepimpinan distributif pengetua pada tahap yang tinggi (min = 4.17, SP = .710) dan

komitmen organisasi guru juga berada pada tahap yang tinggi (min = 3.91,

SP = .703). Berdasarkan analisis korelasi Pearson, terdapat hubungan yang signifikan

pada tahap sederhana antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan

komitmen organisasi guru (r = .571**, p = 0.001< .05). Ujian regresi linear mudah pula

menunjukkan amalan kepimpinan distributif pengetua mempengaruhi komitmen

organisasi guru sebanyak 32.6% (R2 = .326). Kesimpulan kajian ini menunjukkan

amalan kepimpinan distributif pengetua mempunyai pengaruh terhadap komitmen

organisasi guru. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penerapan amalan

kepimpinan distributif pengetua di sekolah dapat meningkatkan komitmen organisasi

guru seterusnya dapat membuktikan inisiatif yang diperkenalkan dalam PPPM 2013-

2025 iaitu pemerkasaan kepimpinan sekolah melalui amalan kepimpinan distributif

dapat dicapai.