Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan mobiliti sifar karbon di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan

mobiliti sifar karbon di kampus. Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai lokasi

kajian. Seramai 270 orang sampel dipilih melibat...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11142 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan

mobiliti sifar karbon di kampus. Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai lokasi

kajian. Seramai 270 orang sampel dipilih melibatkan pelajar UPM yang menggunakan

mod mobiliti sifar karbon. Data yang digunakan adalah data primer dan sekunder. Data

primer dikumpul melalui kaedah soal selidik manakala, data sekunder diperoleh melalui

kajian perpustakaan, laporan tahunan dan jurnal daripada sumber elektronik. Data

dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif

dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.

Manakala, statistik inferensi menggunakan pengujian ujian Korelasi Spearman dan

ujian Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan tahap kekerapan pelajar yang

menggunakan mobiliti sifar karbon di kampus dalam kalangan pelajar yang tinggal di

kolej kediaman adalah sederhana dengan nilai min keseluruhan sebanyak 3.46. Bagi ujian

perbandingan pula, dapatan kajian menunjukkan faktor kepercayaan terhadap hasil

menunjukkan nilai min purata yang tinggi iaitu 3.98 ini diikuti dengan faktor

kepercayaan terhadap kualiti yang juga tinggi dengan nilai min purata 3.71. Seterusnya

faktor kepercayaan terhadap persekitaran menunjukkan nilai min purata sederhana iaitu

3.65. Walaupun mempunyai nilai min purata sederhana, namun faktor ini

merupakan faktor penggunaan mobiliti sifar karbon yang terendah dalam kalangan

pelajar di kampus tersebut. Dapatan kajian menunjukkan kepercayaan terhadap hasil

merupakan faktor utama yang menyumbang dan mempengaruhi penggunaan mobiliti

sifar karbon dalam kalangan pelajar di kampus UPM iaitu sebanyak 57.0%. Kajian ini

dapat menjadi panduan khasnya kepada pengurusan UPM bahawa penggunaan mobiliti

sifar karbon di kampus mampu dipergiatkan dengan meningkatkan kepercayaan

individu terhadap hasil yang baik daripada penggunaan mobiliti sifar karbon tersebut.