Pembangunan dan penggunaan Modul Kaedah Box It terhadap pencapaian Matematik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi murid Tahun Lima

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan modul Kaedah Box It dalam mata

pelajaran Matematik Tahun Lima bagi topik bahagi. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan untuk menguji kesan Modul yang dibangunkan iaitu Modul K...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11143 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan modul Kaedah Box It dalam mata

pelajaran Matematik Tahun Lima bagi topik bahagi. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan untuk menguji kesan Modul yang dibangunkan iaitu Modul Kaedah Box It

dalam meningkatka n pencapaian dan seterusnya membantu meningkatkan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid. Kajian ini telah menggunakan pendekatan

kuantitatif menggunakan dua kaedah pengutipan data iaitu ujian pra dan ujian pasca

serta kuasi eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Kaedah Box It

yang dihasilkan oleh pengkaji mempunyai kesahan yang tinggi (91.3%). Selain itu,

kebolehpercayaan Modul dari segi kandungan dan keseluruhan juga berada pada tahap

yang tinggi (M= 0.935) dan sederhana (M= 0.763). Analisis Ujian-t sampel bebas pula

menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam skor min Ujian pra bagi ujian pencapaian

dan Ujian KBAT kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, manakala terdapat

perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pasca bagi ujian pencapaian dan Ujian

KBAT murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dalam ujian pasca, didapati

skor bagi murid dalam kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan

kawalan. Ujian-t bersandar pula menunjukkan bahawa murid dalam kumpulan

kawalan tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam markah di antara ujian pra dan

ujian pasca, manakala Ujian-t bersandar yang melibatkan murid dalam kumpulan

rawatan menunjukkan perbezaan yang signifika n dalam markah di antara ujian pra dan

ujian pasca. Hal ini menunjukkan bahawa Modul Kaedah Box It yang dihasilkan amat

berkesan untuk meningkatkan kebolehan murid untuk menjawab soalan operasi

bahagi dan soalan KBAT yang berkaitan. Implikasi kajian ini ialah bagi menghasilkan

satu kaedah yang efektif untuk membantu murid menjawab soalan operasi bahagi

dengan efektif.