Hubungan gaya keibubapaan dan faktor kewangan keluarga terhadap tingkah laku prososial awal kanak-kanak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan gaya keibubapaan dan faktor

kewangan keluarga terhadap tingkah laku prososial awal kanak-kanak di kecamtan

Pringgarata, kabupaten Lombok Tengah, NTB Indonesia. Kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Fitriyanti
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11146
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan gaya keibubapaan dan faktor

kewangan keluarga terhadap tingkah laku prososial awal kanak-kanak di kecamtan

Pringgarata, kabupaten Lombok Tengah, NTB Indonesia. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan (Survey Method). Seramai 144 orang ibu bapa daripada empat TK di

daerah Pringgarata dipilih sebagai sampel kajian menggunakan kaedah persampelan

rawak mudah. Dapatan data kajian diperoleh menggunakan tiga jenis instrumen soal

selidik. Instrumen soal selidik ini dibina dengan penelitian terhadap kesahan dan

kebolehpercayaan item-item di dalam instrumen dengan pengawalan ancaman kesahan

dalaman dan kesahan luaran. Item yang mempunyai ketekalan dan nilai Cronbach

Alpha yang melebihi >0.65 sahaja yang digunakan di dalam kajian sebenar. Data yang

dikutip oleh pengkaji melalui ujian normality menggunakan ujian Kolmogorov Smirnov

bagi melihat kenormalan taburan data. Ujian Statistik SPSS korelasi Pearson digunakan

untuk melihat hubungan pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar

dengan standard nilai signifikan ialah p<0.05. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa terdapat hubungan yang signifikan (r=0.464; p=0.000) antara gaya keibubapaan

autoritatif dengan tingkah laku prososial awal kanak-kanak. Manakala gaya

keibubapaan autoritatif (r=0.070; p=0.407) dan gaya keibubapaan permisif (r=-0.109;

p=0.194) tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku prososial

awal kanak-kanak. Hubungan yang tidak signifikan juga terjadi antara faktor kewangan

keluarga (r=0.072; p=0.388) dengan tingkah laku prososial awal kanak-kanak usia TK

di kecamatan Pringgarata. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa,

guru-guru TK dan kementerian pendidikan Indonesia secara luas dalam memberikan

gambaran awal tentang hubungan gaya keibubapaan, faktor kewangan keluarga dengan

tingkah laku prososial awal kanak-kanak. Selain itu, kajian diharapkan boleh menjadi

bahan rujukan dalam membentuk program keibubapaan oleh sesiapa sahaja yang berada

dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.