Peranan budaya organisasi sebagai perantara dalam hubungan di antara kompetensi emosi dan amalan kepimpinan

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi sebagai perantara

dalam hubungan di antara kompetensi emosi dan amalan kepimpinan dalam kalangan

pensyarah Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kang, Kooi Wei
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11152
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji peranan budaya organisasi sebagai perantara

dalam hubungan di antara kompetensi emosi dan amalan kepimpinan dalam kalangan

pensyarah Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kajian ini

juga mengkaji tahap budaya organisasi, tahap kompetensi emosi dan tahap amalan

kepimpinan dalam kalangan pensyarah serta pengaruh antara pemboleh ubah-pemboleh

ubah kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan

penyelidikan tinjauan keratan rentas yang ditadbir melalui soal selidik. Sampel kajian

ini terdiri daripada 327 orang pensyarah kolej matrikulasi KPM yang dipilih melalui

pensampelan berstrata dan rawak mudah. Tahap budaya organisasi diukur dengan

menggunakan Organizational Culture Assessment Instrument (OCAI). Manakala tahap

kompetensi emosi pensyarah diukur dengan menggunakan Emotional and Social

Competency Inventory (ESCI). Leadership Practices Inventory (LPI) digunakan untuk

mengukur tahap amalan kepimpinan pensyarah. Analisis deskriptif min dan sisihan

piawai untuk menjawab persoalan kajian satu, dua dan tiga. Manakala, Pemodelan

Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan untuk menganalisis persoalan kajian empat,

lima, enam dan tujuh yang melibatkan hipotesis. Hasil analisis menunjukkan tahap

budaya organisasi ( u = 7.57; o = 1.142) , kompetensi emosi ( u = 7.57; o =

1.155) dan amalan kepimpinan ( u = 7.65; o = 1.109) pensyarah adalah tinggi.

Kompetensi emosi mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap budaya

organisasi (B = 0.38; p = 0.001). Selain itu, budaya organisasi mempunyai kesan

yang positif dan signifikan terhadap amalan kepimpinan pensyarah (B = 0.68; p =

0.001). Manakala kompetensi emosi tidak mempunyai kesan yang positif dan tidak

signifikan terhadap amalan kepimpinan pensyarah ( B = 0.07; p = 0.133) . Hasil

analisis pekali laluan regresi piawai adalah 0.08 menunjukkan kesan langsung antara

kompetensi emosi dengan amalan kepimpinan tidak signifikan. Oleh itu, budaya

organisasi merupakan mediator penuh dalam hubungan antara kompetensi emosi

dengan amalan kepimpinan pensyarah. Dapatan dan cadangan kajian dapat dijadikan

penanda aras kepada pihak pengurusan untuk merencana dan membuat

penambahbaikkan dalam program peningkatan profesional. Budaya organisasi,

kompetensi emosi dan amalan kepimpinan dalam kalangan pendidik memainkan

peranan yang penting dalam kecemerlangan sesebuah organisasi pendidikan. Oleh itu,

hasil analisis kajian ini merupakan bahan rujukan untuk pengurusan pendidikan dalam

merancangkan strategi pendidikan pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini memberi

sumbangan kepada kesusasteraan kepimpinan dalam bidang pendidikan di Malaysia.