Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kerjasama dan integrasi di kalangan peserta program pendidikan luar

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat faktor yang mempengaruhi tingkah Iaku

kerjasama dan integrasi di kalangan peserta yang mengikuti program pendidikan Iuar. Faktor motivasi

penglibatan peserta, keberkesanan pe...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2007

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11349 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat faktor yang mempengaruhi tingkah Iaku

kerjasama dan integrasi di kalangan peserta yang mengikuti program pendidikan Iuar. Faktor motivasi

penglibatan peserta, keberkesanan pengisian program, pengalaman penyertaan dalam outdoor,

sikap kerjasama dan integrasi serta minat dalam outdoor dilihat bagi menilai sejauh mana faktor

tersebut mempengaruhi tingkah laku kerjasama dan integrasi responden. Seramai 240 peserta program

Perkhemahan lntegrasi Pelajar Tingkatan Tiga anjuran Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri

Sarawak di Santubong pada 30 Oktober hingga 2 November 2006 dipilih menjadi responden. Kajian ini

menggunakan kaedah tinjauan deskriptif kualitatif dan kuantitatif. lnstrumen kajian menggunakan

soal selidik PMQ yang telah diubahsuai dan Soal Selidik Kerjasama Dan Intcgrasi Dalam Pendidikan

Luar yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dengan nilai alpha 0.9141 dan 0.8804.

Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (11.5) untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min,

sisihan piawai dan pekali Kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi penglibatan

peserta dan faktor yang mempengaruhi tingkah laku kerjasama dan integrasi di kalangan peserta

program pada keseluruhannya berada di tahap yang tinggi. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara semua faktor

yang dikaji iaitu antara skor min pengisian program (r = .75, n = 240,

p = 0.000, p < 0.01), pengalaman penglibatan (r = .18, n = 240, p = 0.006, p < 0.01), motivasi

penglibatan (r = .51, n = 240, p = 0.000, p < 0.0 I) dan minat dalam outdoor

(r = .69, n = 240, p = 0.000, p < 0.0 I) dan juga antara jantina (r = .63, n = 240, p = 0.000, p <

0.01 ).dengan tahap tingkah laku kerja sama dan integrasi.

Kesimpulannya, semua hipotesis nol yang telah ditetapkan ditolak kerana terdapat hubungan yang

signifikan di antara kesemua faktor yang dinyatakan. lni menunjukkan bahawa faktor motivasi

penglibatan, pengisian program, pengalaman penyertaan, sikap dan minat terhadap aktiviti outdoor

mempengaruhi tingkah laku kerjasama dan integrasi di kalangan peserta program pendidikan luar