Penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan program

Pembestarian Sekolah. Oleh d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syaza Hazwani Zaini
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11352
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan program

Pembestarian Sekolah. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Pusat

Akses Sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kajian ini

memfokuskan kepada literasi ICT murid, penggunaan Pusat Akses Sekolah dalam kalangan murid serta

sikap murid terhadap Pusat Akses Sekolah.

Kajian yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini telah melibatkan sampel sebanyak

545 orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada 263 orang murid lelaki dan 282 orang murid perempuan

dari 8 buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data kajian telah dianalisa

menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil analisa dapatan

kajian telah dihuraikan dalam bentuk statistik diskriptif iaitu taburan frekuensi, peratus, min dan

sisihan piawai manakala Ujian-t Tak Bersandar dan Ujian Korelasi Pearson dijalankan bagi

mengenalpasti perbezaan dan hubungan antara pembolehubah.

Hasil analisa kajian mendapati bahawa tahap literasi ICT murid dan tahap penggunaan Pusat Akses

Sekolah dalam kalangan murid berada pada tahap sederhana. Seterusnya, sikap murid terhadap Pusat

Akses Sekolah adalah positif dan berada pada tahap tinggi. Analisa kajian turut mendapati bahawa

tidak terdapat perbezaan signifikan bagi min literasi ICT dan min sikap terhadap Pusat Akses

Sekolah antara murid sekolah rendah bandar dengan Iuar bandar manakala terdapat perbezaan

signifikan bagi min penggunaan Pusat Akses Sekolah antara kumpulan murid kedua-dua jenis sekolah tersebut.

Selain itu, terdapat perbezaan signifikan bagi min penggunaan Pusat Akses Sekolah dan sikap

terhadap Pusat Akses Sekolah antara murid lelaki dan perempuan manakala tidak terdapat perbezaan

signifikan bagi min literasi ICT antara kedua-dua gender tersebut. Seterusnya, analisa kajian turut

mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara Iiterasi ICT murid dengan

penggunaan Pusat Akses Sekolah manakala terdapat hubungan positif yang Iemah antara sikap murid

terhadap penggunaan Pusat Akses Sekolah dengan penggunaan Pusat Akses Sekolah.

Kajian ini diharap akan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia

bagi memastikan pelaksanaan Pusat Akses Sekolah dapat dimanfaatkan secara

optimum agar pembudayaan ICT di sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya.