Pembangunan dan penilaian kebolehgunaan Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah bagi meningkatkan kemahiran menaakul murid tahun lima

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kebolehgunaan modul Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBM) untuk meningkatkan kemahiran menaakul matematik

dalam kalangan murid tahun lima. Pembangunan modul adalah berdasar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Karthikesan Manikabasagan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11435
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kebolehgunaan modul Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBM) untuk meningkatkan kemahiran menaakul matematik

dalam kalangan murid tahun lima. Pembangunan modul adalah berdasarkan model

ADDIE dan telah melalui proses tiga pusingan Teknik Delphi bersama dengan 10 orang

panel pakar. Kajian juga menilai kebolehgunaan modul PBM untuk meningkatkan

kemahiran menaakul matematik dalam kalangan murid tahun lima. Penilaian

kebolehgunaan modul PBM adalah berpandukan Model Penilaian Kirkpatrick yang

merangkumi empat tahap penilaian, iaitu tahap reaksi, tahap pembelajaran, tahap

tingkah laku, dan tahap hasil. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah reka bentuk dan

pembangunan (DDR) digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan

secara persampelan bertujuan melibatkan 60 orang murid tahun lima dan 100 orang

guru matematik tahun lima di Daerah Kerian, Perak. Instrumen kajian yang digunakan

ialah soal selidik dan ujian bertulis. Soal selidik digunakan untuk menganalisis

keperluan pembangunan modul PBM untuk meningkatkan kemahiran menaakul

matematik dan juga menilai tahap kebolehgunaan modul PBM yang dibangunkan.

Ujian bertulis juga digunakan untuk menilai tahap kebolehgunaan dari segi tahap

pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul PBM berjaya dibangunkan

dan mendapat respons yang positif dan baik daripada responden. Modul PBM ini dapat

menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran matematik, meningkatkan

kemahiran menaakul matematik, kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan

murid tahun lima. Selain itu, murid dapat berinteraksi dengan rakan sekumpulan,

bertukar idea atau pendapat, berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan maklumat,

menyelesaikan masalah, mendapat bantuan daripada rakan semasa menyelesaikan

masalah melalui pembelajaran kolaboratif. Akhirnya, disarankan agar guru, murid, dan

pihak yang berkepentingan dapat menjadikan modul ini sebagai bahan bantu mengajar

dalam proses pembelajaran Matematik.