Kesedaran, penerimaan dan keberkesanan Prosedur Standard Kawalan Pergerakan bagi mencegah COVID-19 di Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran, penerimaan dan keberkesanan

perlaksanaan Prosedur Standard Kawalan Pergerakan (SOP) norma baharu COVID-19

dalam kalangan murid sekolah di daerah Seremban, Negeri...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11438 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran, penerimaan dan keberkesanan

perlaksanaan Prosedur Standard Kawalan Pergerakan (SOP) norma baharu COVID-19

dalam kalangan murid sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu,

hubungan antara kesedaran murid dengan penerimaan norma baharu serta hubungan

antara penerimaan murid dengan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu

COVID-19 dalam persekitaran sekolah juga turut dikaji. Seramai 310 orang murid yang

terdiri daripada 103 orang murid lelaki (33.2 %) dan 207 orang murid perempuan

(66.8%) telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Satu set soal selidik yang

mengandungi 40 item telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data telah

dianalisis menggunakan statistik Paket Sains Sosial (SPSS) Versi 27.0. Analisis

statistik deskriptif (analisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan statistik

inferensi (analisis korelasi dan analisis regresi) telah digunakan dalam kajian

ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran, penerimaan dan

keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam persekitaran sekolah

berada pada tahap tinggi iaitu masing-masingnya adalah M=4.653, SP=.483, M=4.429,

SP=.612 dan M=4.573, SP=.559. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat

hubungan positif yang kuat dan signifikan antara kesedaran murid dengan penerimaan

norma baharu (r=.667, p=.000) serta penerimaan murid dengan keberkesanan

perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam persekitaran sekolah (r=.685,

p=.000). Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah berjaya memperoleh hasil yang

positif dengan berjaya mengadaptasi serta menerima norma baharu yang telah

diaplikasikan dengan sangat baik. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan garis

panduan kepada pihak kerajaan untuk membangunkan SOP norma baharu yang lebih

strategik, dinamik dan mampan. Seterusnya, memudahkan pihak sekolah dalam

melaksanakannya SOP norma baharu tanpa mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran serta mampu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan

kondusif kepada murid.