Penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-CBT ke atas pola pemikiran dan tingkah laku individu Kecelaruan Bipolar

Kajian kualitatif ini bertujuan mengkaji penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif

berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) ke atas pola pemikiran dan

tingkah laku individu kecelaruan bipolar. Terdapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Al Hafiz Norisham
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11442
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian kualitatif ini bertujuan mengkaji penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif

berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) ke atas pola pemikiran dan

tingkah laku individu kecelaruan bipolar. Terdapat tiga objektif kajian iaitu meneroka

pola pemikiran individu kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan

bipolar, meneroka proses mengaplikasikan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan

Neo-CBT untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar dan meneroka kesan

Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-CBT ke atas pola pemikiran dan

tingkah laku individu kecelaruan bipolar. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk

kajian kes intrinsik. Peserta kajian adalah enam orang iaitu dua orang didiagnos sebagai

bipolar kategori I dan empat orang didiagnos sebagai bipolar kategori II. Alat kajian

temu bual klinikal protokol separa berstruktur telah memperoleh kesahan pakar

daripada 22 orang pakar yang terdiri daripada pakar perunding psikiatri, pakar psikiatri,

pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pakar psikologi klinikal, pakar terapi

pertuturan bahasa, pakar psikologi kaunseling dan lain-lain. Data kajian dianalisis

melalui analisis tematik dengan menggunakan perisian daripada Atlas.ti 9. Dapatan

kajian bagi persoalan kajian pertama memperoleh lima subtema iaitu tekanan sebelum

mendapat kecelaruan bipolar, simptom gejala yang dihadapi ketika fasa mania,

simptom gejala yang dihadapi ketika fasa kemurungan, distorsi merujuk pemikiran

yang dialami sewaktu dalam fasa kemurungan dan fasa mania dan sokongan. Selain itu,

persoalan kajian kedua memperoleh enam subtema iaitu pemikiran, emosi dan tingkah

laku sewaktu fasa mania dan lain-lain. Seterusnya, persoalan kajian ketiga memperoleh

dua subtema iaitu refleksi sesi pertama dan refleksi sesi kedua. Rumusan kajian ini

mendapati bahawa individu yang mengalami kecelaruan bipolar mempunyai pola

pemikiran yang tidak rasional dan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-

CBT dapat mengurangkan gelaja dan simptom bipolar yang dihadapi. Implikasi kajian

ini memberikan alternatif penggunaan Teknik Penstrukturan Kognitif berdasarkan Neo-

CBT untuk diaplikasi oleh kaunselor dalam profesion kesihatan mental bagi membantu

individu yang mengalami kecelaruan bipolar.