Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan

Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran. Dua bentuk kaedah yang

dikaji iaitu kaedah pembelaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Umi Kalsom Abdul Majid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11446
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan

Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran. Dua bentuk kaedah yang

dikaji iaitu kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bebas dan terpimpin. Empat jenis

gaya pembelajaran dari klasifikasi gaya pembelajaran Kolb digunakan iaitu, Akomodator,

Assimilator, Diverger dan Konverger. Dalam kajian ini Koswer "Blood Circulatory System"

dibangunkan berdasarkan kepada model ISD Alessi dan Trollip (200 I) serta model 4 MAT oleh McCarthy

(1990) yang digunakan sebagai alat kajian. Kajian menggunakan rekabentuk faktorial 2 X 4.

Pembolehubah tidak bersandar ialah dua jenis kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer

dan pembolehubah bersandar ialah pencapaian iaitu skor ujian (Pasca - Pra). Dalam kajian ini gaya

pembelajaran diukur dengan mengunakan ujian HBDI "Herrmann Brain Dominance Instrumenl". Sampel

kajian terdiri daripada 240 orang pelajar perempuan tingkatan dua daripada sebuah sekolah.

Pelajar diagihkan kepada lapan kumpulan, empat kumpulan mengikuti kaedah pembelajaran

kolaboratif berbantukan komputer bebas dan empat kumpulan lagi mengikuti kaedah

pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer terpimpin dan menjalani rawatan selama dua jam.

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif clan statistik

inferensi ANOVA dua hala untuk menentukan kesan utama clan kesan interaksi kaedah pembelajaran dan

gaya pembelajaran ke atas pencapaian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti

kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer terpimpin mendapat pencapaian yang

signifikan lebih baik. berbanding dengan pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran

kolaboratif berbantukan komputer bebas. Dari segi gaya pembelajaran, pelajar Konverger

memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar Akomodator, Assirnilator clan Diverger.

Dari segi peningkatan pencapaian antara dua kaedah pembelajaran pula didapati pelajar Diverger

menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding gaya pembelajaran lain. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kaedah pembelajaran dan

gaya pembelajaran pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya

pembelajaran bukanlah merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian. Gaya pembelajaran

lebih merupakan petunjuk bagaimana setiap individu itu menguasai pembelajaran.