Keberkesanan penggunaan kaedah Bar Bulat terhadap pencapaian murid Tahun Tiga dalam topik Pendaraban Dua Nombor

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah Bar Bulat terhadap

pencapaian murid Tahun Tiga dalam Pendaraban Dua Nombor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi

eksperimen ujian pra-pasc...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yip Yan Yee
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11447
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah Bar Bulat terhadap

pencapaian murid Tahun Tiga dalam Pendaraban Dua Nombor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi

eksperimen ujian pra-pasca kumpulan tidak setara. Sejumlah 50 orang murid di sebuah sekolah

rendah di kawasan negeri Perak dipilih secara rawak untuk kajian ini. Seramai 25 orang murid

daripada kumpulan rawatan menjalani proses intervensi menggunakan kaedah Bar Bulat manakala 25

orang murid daripada kumpulan kawalan melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian pra dan pasca.

Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis ujian-t sampel

tidak bersandar, min markah ujian pencapaian pasca (min = 35.40, sp -- 2.082) murid kumpulan rawatan adalah

berbeza dengan min markah ujian pencapaian pasca (min = 29.60, sp = 2.2 I 7) murid kumpulan kawalan

secara signifikan [t(48) = 9.535, p < 0.05]. Kesimpulannya, murid yang menggunakan

kaedah Bar Bulat menunjukkan pencapaian yang lebih baik terhadap Pendaraban Dua Nombor berbanding

murid daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini menunjukkan pengajaran matematik perlu

menitik beratkan kefahaman konsep nilai tempat dalam algoritma pendaraban dua nombor untuk

meningkatkan pencapaian murid.